- Lain-lain
Kereta Elektrik China Dapat Ribuan Tempahan Pada Pameran di Indonesia
Pameran Auto Antarabangsa GAIKINDO 2024 berlansung di Bandar BSD, Indonesia pada 18 hingga 28 Julai lepas. (Xinhua/Xu Qin)
Pembuat kereta China, Wuling Motors berjaya mendapat 2,302 tempahan kenderaan semasa berlangsungnya Pameran Auto Antarabangsa GAIKINDO 2024 di Bandar BSD, Indonesia pada 18 hingga 28 Julai lepas.
“Ini bukti jelas keyakinan pengguna terhadap kualiti dan inovasi yang kami bawa selama tujuh tahun keberadaan kami di Indonesia,” ujar Pengurus Strategi Pemasaran Kanan Wuling Motors, Ricky Christian, pada Isnin.
Pada pameran itu, BinguoEV merupakan kenderaan terlaris yang menyumbang sebanyak 30 peratus daripada pesanan keseluruhan. Ia kemudiannya diikuti oleh Air EV dan Cloud EV yang masing-masing menyumbang sebanyak 26 peratus dan 23 peratus.
Untuk rekod, syarikat pembuat kenderaan itu kini mempunyai 150 pengedar di seluruh Indonesia.
Difahamkan, Persatuan Industri Automotif Indonesia melaporkan bahawa sejumlah 11,940 kenderaan elektrik dijual pada separuh pertama tahun ini, sekali gus menyaksikan kenaikan signifikan berbanding 5,849 unit yang dijual pada tempoh sama tahun 2023.
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Selami Keindahan Budaya Kyrgyzstan dalam 60 Saat
- Kereta Api di Cenuram di Jiangxi Tawar Pengalaman Unik
- Peningkatan Pengeluaran dan Penjualan BEV China Kekal Mantap
- China Catat 440 Juta Kenderaan Baharu Pada Separuh Pertama 2024
- Penaja China Dialu-alu Euro 2024
- Rundingan Mengenai Kes Siasatan Anti-subsidi EU terhadap BEV China Dimulakan
- Inovasi dan Teknologi BYD Jadi Peneraju Masa Depan EV
- Kenderaan Elektrik China Suntik Semangat Baharu ke dalam Projek Hijau Pintar di Indonesia
- NEV China Pilihan Pemuda Melayu
- Jualan NEV China Catat 955,000 pada Mei
- AS Tidak Sepatutnya Tutup Pintu terhadap Import BEV Keluaran China