99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Wartakan Rancangan Universal Terajui Tata Kelola AI Global

(CRI)Jumaat 27 September 2024

Rancangan Universal Pembinaan Keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) yang diwartakan China di sela-sela sesi perdebatan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-79 di New York baru-baru ini memperlihatkan peranan China sebagai peneraju dalam tata kelola pembangunan AI di persada dunia.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian di sini pada Khamis.

Menurut Lin, rancangan itu diwartakan China dalam satu sidang peringkat kanan kerjasama antarabangsa mengenai pembinaan keupayaan AI anjuran bersama oleh China dan Zambia, yang turut diserikan dengan kehadiran Menteri Luar China Wang Yi, Presiden Serbia Aleksandar Vucic dan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia Luhut Binsar Pandjaitan.

"Rancangan terbabit bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara pelbagai negara dalam bidang AI dan mendorong pelaksanaan Agenda Pembangunan Lestari PBB 2030, dengan menyasarkan lima bidang yang dijadikan perhatian 'Selatan Global', iaitu infrastruktur, kemampuan perindustrian, latihan sumber manusia, pembangunan data dan tata kelola keamanan.

"Dalam pada itu, China akan menekankan sepuluh perkara yang terkait dengan pelaksanaan rancangan tersebut, iaitu menggalakkan kesalinghubungan antara prasarana AI dan pendigitalan, mengadakan kerjasama dalam penyelidikan, pembangunan, penggunaan model dan Pembangunan Bahan Bahasa (corpus-building), meningkatkan penyelarasan dan pertukaran antara pelbagai negara berhubung pelaksanaan strategi dan dasar, dan sanggup berkongsi pengalaman yang ditimba dari praktik dari segi teknikal," kata Lin.

"Seminar AI yang akan dianjurkan China sebanyak 10 edisi untuk negara membangun menjelang tahun 2025, dan 'pasukan kerjasama antarabangsa pembinaan keupayaan AI" yang disarankan China, bertepatan dengan pelaksanaan rancangan berkenaan," tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan