- Lain-lain
Rombongan Wartawan Asia-Pasifik Lawat Kawasan Baharu Gui’an
Kawasan Baharu Gui'an ialah kawasan kelapan peringkat kebangsaan yang diluluskan oleh Dewan Negara China pada 2014. Tempat ini kawasan yang paling mendatar dan terbuka di provinsi Guizhou, dengan keadaan tanah yang paling baik. Keseluruhan kawasan tersebut yang meliputi 1,901 kilometer persegi, dibangunkan sebagai pangkalan sokongan perindustrian negara yang penting, antaranya termasuk untuk kenderaan tenaga baharu, bateri dan material berkenaan.
Pada 21 Oktober, wartawan dari negara-negara Asia Pasifik melawat ke pusat perkhidmatan kerajaan Kawasan Baharu Gui’an. Mereka berpeluang mencuba pelbagai kemudahan interaktif di dewan pameran yang disediakan, dan mendapat tahu tentang proses perancangan dan pembangunan Kawasan Baharu Gui’an.
Kunjungan tersebut adalah dalam agenda program lawatan media Asia Pasifik di Guizhou yang dilancarkan secara rasmi pada 20 Oktober. Seramai 17 wartawan dari 15 negara akan mengenali provinsi Guizhou dengan lebih mendalam sepanjang lawatan enam hari.
- Sidang Perkongsian Media di Guiyang Wadah Peserta Bertukar-tukar Pandangan
- Wartawan Timor Leste Kenali Sulaman Miao di Xijiang
- Jom ke Guizhou dan Menari Bersama-sama
- Guru, Penyuluh Hidup Kanak-kanak di Gunung
- Guizhou Manfaatkan Kelebihan Pengkomputeran Untuk Perkasakan Industri
- Pencapaian Teknologi Baharu Dipamerkan pada Ekspo Data Raya 2024
- Busana Guizhou Bawa Kelainan ke Acara Motosikal Terkemuka Asia
- Guiyang Rebut Peluang Baharu, Jadikan Data ‘Hidup’
- Jambatan Besar Tianmen Sedang Dibina di Guizhou
- Ekonomi Malam Semakin Rancak di Guiyang