99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

SMART: Pelopori Masa Depan Bioperubatan dari Shenzhen

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 04 Disember 2024

Skrin di pintu masuk bangunan utama SMART di Guangming, Shenzhen, memaparkan pelan penyelidikan utama institut tersebut, 19 November 2024. Foto: People’s Daily Online

Skrin di pintu masuk bangunan utama SMART di Guangming, Shenzhen, memaparkan pelan penyelidikan utama institut tersebut, 19 November 2024. (foto/People’s Daily Online)

Akademi Penyelidikan dan Terjemahan Perubatan Shenzhen (SMART) ialah sebuah pertubuhan yang dinamik dan progresif dalam bidang sains hayat. Institut ini terletak di Guangming, salah satu pusat inovasi teknikal dan perubatan di bandar Shenzhen. Melalui kemudahan dan sumber manusia yang dimilikinya, institusi yang baru ditubuhkan ini memperlihatkan dedikasi untuk menggalakkan sinergi sesama pakar-pakar dasar, klinikal dan terjemahan.

Fokus pada Penyelidikan dan Inovasi Transdisiplin

Sasaran utama institusi ini adalah untuk mengaplikasikan penemuan saintifik pada isu-isu kesihatan yang mencabar, memandangkan sektor bioteknologi di selatan China sedang pesat membangun. Objektif ini sejajar dengan strategi Shenzhen (dan juga negara China) untuk menerajui penyelidikan bioperubatan sedunia. Pendekatan unik SMART terhadap penyelidikan transdisiplin serta kemampuannya untuk menjalankan penyelidikan termaju berdasarkan kolaborasi dengan universiti berprestij dan hospital terunggul, telah membawa kepada penemuan-penemuan penting hasil kerjasama rentas sektor.

Tahun ini, SMART melancarkan program PhD, yang merupakan program kedoktoran kolaboratif yang menggabungkan penglibatan korporat, pendidikan dan penyelidikan. Program sarjananya mengambil sebagai misi untuk membekalkan generasi saintis akan datang dengan kemahiran-kemahiran yang perlu. Saintis pada masa depan akan meneroka persoalan saintifik membabitkan sains hayat dan penyakit dengan lebih mendalam, dan SMART wujud untuk menyediakan kerjaya yang bermakna kepada mereka baik dalam bidang akademik mahupun perubatan.

Kakitangan People’s Daily Online berpeluang melawat makmal kimia terkini SMART yang menanti ketibaan penyelidik utama baharu. Guangming, Shenzhen, 29 November 2024. Foto: People’s Daily Online

Kakitangan People’s Daily Online berpeluang melawat makmal kimia terkini SMART yang menanti ketibaan penyelidik utama baharu. Guangming, Shenzhen, 29 November 2024. (foto/People’s Daily Online)

Sokongan Nasihat Strategik dan Akademik

Lembaga Penasihat Akademik (AAB) dan Lembaga Penasihat Strategik (SAB) adalah dua jawatankuasa penasihat penting yang membimbing haluan SMART. Badan-badan ini mengumpulkan pakar pelbagai ilmu sains dari seluruh dunia, menawarkan kepada SMART bimbingan yang amat diperlukan berkaitan saluran penyelidikan, menggalakkan kerjasama antarabangsa, sekali gus menjamin tercapainya hasil terkini dan kreatif. Dengan bantuan mereka, SMART lebih cekap menyesuaikan diri dengan perkembangan penyelidikan bioperubatan dunia, justeru memastikan aktiviti dan program akademik mereka mematuhi standard tertinggi. Penglibatan lembaga-lembaga penasihat tersebut mencerminkan lagi iltizam SMART terhadap sinergi global. Menerusi kolaborasi dengan saintis dan pertubuhan antarabangsa terunggul, SMART menyokong pertumbuhan ekosistem penyelidikan perubatan China sambil mengekalkan perspektif bertaraf global.

Kemajuan Terbaru dan Fokus Penyelidikan

Sumbangan kakitangan penyelidikan SMART dalam bidang biokimia, farmakologi dan biologi struktur boleh disifatkan sebagai mustahak. Penerbitan terbaru mereka dalam jurnal saintifik termasyhur (1stQuartile/Q1) menggambarkan kemajuan serta sumbangan mereka terhadap pemahaman tentang sistem-sistem biologi utama. Dengan memfokuskan saluran natrium, komponen glikan dan penerokaan protein, penyelidikan mereka meluaskan lagi pemahaman seluruh bidang mengenai interaksi molekul. Penemuan ini menyumbang kepada pembangunan agen terapeutik berfokus, serta penting demi kemajuan sains asas.

Sumber-sumber moden di SMART seperti sistem pengimejan terkini, platform penyelidikan biomolekul dan alat-alat genomik, membolehkan para saintis membuat penyelidikan terobosan dalam bioperubatan. Sumber-sumber tersebut, yang menyokong pelbagai projek menyasarkan penambahbaikan sains asas dan perubatan klinikal, menjadi tunjang misi institut ini. Akses kepada teknologi seumpama melahirkan suasana kerjasama yang memungkinkan konsep-konsep kreatif berkembang dan dilaksanakan secara praktik hingga mempertingkatkan kesihatan awam.

Sebuah makmal penyelidikan di SMART, Guangming, Shenzhen, 29 November 2024. Foto: People’s Daily Online

Sebuah makmal penyelidikan di SMART, Guangming, Shenzhen, 29 November 2024. (foto/People’s Daily Online)

Visi SMART untuk Masa Depan

Pada masa depan, sumbangan SMART kepada persekitaran teknikal dan bioperubatan Shenzhen hanya akan bertambah banyak. SMART sedang memajukan diri menjadi sebuah kuasa besar dalam pembangunan penyelidikan bioperubatan sedunia dengan memupuk generasi saintis seterusnya, di samping menggalakkan perkongsian antara bidang akademik dan perniagaan, dan mengatasi isu-isu perubatan yang paling utama. SMART akan terus berada di barisan hadapan perubahan ini tatkala Shenzhen muncul sebagai peneraju global dalam penyelidikan perubatan, sekali gus membantu mencipta rawatan-rawatan baharu untuk penyakit dan juga kesihatan.

SMART merupakan contoh penyelidikan bioperubatan masa depan, yang menemukan kolaborasi dengan inovasi untuk mengatasi masalah-masalah perubatan paling rumit masa kini. Peranan institusi sedemikian dalam meningkatkan pemahaman saintifik mengenai sistem biologi rumit amat jelas, dan impaknya baik dalam kalangan komuniti saintifik tempatan mahupun global sangat dinanti-nantikan.

Dr Konstantinos E. Papathanasiou, seorang pakar asing dari People’s Daily Online, juga penyelidik biotakorganik yang ulung. Selaku calon Marie Sk?odowska-Curie Individual Fellowship (MSCA-IF) Majlis Penyelidikan Eropah, beliau telah membuat sumbangan kepada pelbagai projek saintifik di Amerika, Rusia, Jerman dan UK. Dalam foto bertarikh 29 November 2024 ini, yang diambil di makmal demonstrasi SMART di Guangming, Shenzhen, beliau menjelaskan penggunaan pipet Eppendorf kepada rakan sekerjanya. Foto: People’s Daily Online.

Dr Konstantinos E. Papathanasiou, seorang pakar asing dari People’s Daily Online, juga penyelidik biotakorganik yang ulung. Selaku calon Marie Sk?odowska-Curie Individual Fellowship (MSCA-IF) Majlis Penyelidikan Eropah, beliau telah membuat sumbangan kepada pelbagai projek saintifik di Amerika, Rusia, Jerman dan UK. Dalam foto bertarikh 29 November 2024 ini, yang diambil di makmal demonstrasi SMART di Guangming, Shenzhen, beliau menjelaskan penggunaan pipet Eppendorf kepada rakan sekerjanya. (foto/People’s Daily Online)

Video

Berita Berkaitan