99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Dasar Bebas Visa Dorong Pengembara Korea Selatan ke China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 05 Disember 2024

Topik "Percutian Hujung Minggu ke China" baru-baru ini menjadi bualan hangat dalam kalangan wargenet dari Korea Selatan.

Pengenalan dasar bebas visa untuk warga Korea Selatan mutakhir ini menyaksikan keyakinan sektor pelancongan Korea Selatan terhadap China turut sama melonjak apabila syarikat penerbangan telah meningkatkan kekerapan penerbangan, serta semakin ramai yang menzahirkan keterujaan untuk menerokai negara Tembok Besar.

Untuk rekod, China memperkenalkan dasar bebas visa untuk pemegang pasport Korea Selatan pada 8 November 2024 selama 15 hari, sebelum melanjutkannya lagi selama 30 hari.

Selepas pelaksanaan dasar bebas visa, topik "Percutian Hujung Minggu ke China" mendapat populariti pesat di media sosial Korea Selatan. Memetik laporan SBS TV Korea Selatan, kini semakin ramai golongan muda memilih untuk pergi ke China untuk percutian hujung minggu sebaik sahaja selesai bekerja pada hari Jumaat.

Menurut laporan Agensi Berita AJP (Korea), agensi pelancongan Korea Selatan Hana Tour mendedahkan bahawa terdapat peningkatan 75 peratus dalam tempahan untuk perjalanan ke China dari 1 hingga 21 November berbanding tiga minggu sebelum pengumuman dasar tersebut.

Difahamkan, lawatan kumpulan dan perjalanan untuk sukan golf masing-masing menyaksikan lonjakan ketara dalam tempahan iaitu sebanyak 110 peratus dan 105 peratus. Destinasi popular seperti Zhangjiajie dan Gunung Changbai terus menarik pengunjung, manakala bandar seperti Qingdao dan Shanghai juga semakin popular.

Industri penerbangan turut mendapat manfaat yang ketara daripada dasar bebas visa, menyaksikan beberapa syarikat penerbangan telah meluaskan laluan masing-masing antara kedua-dua negara dengan pantas.

Menurut statistik dari Akhbar Perniagaan Maeil Korea Selatan, syarikat penerbangan tambang rendah seperti Jeju Air, T'way Air dan Jin Air menyaksikan harga saham masing-masing meningkat sebanyak 5.13 peratus, 4.09 peratus dan 5.44 peratus.

Syarikat penerbangan utama seperti Korean Air dan Asiana Airlines juga mengalami kenaikan harga saham masing-masing sebanyak 3.18 peratus dan 1.32 peratus.

Penumpang menunggu untuk menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Korea Selatan. (People’s Daily Online/Li Fan)

Penumpang menunggu untuk menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Korea Selatan. (People’s Daily Online/Li Fan)

Dasar bebas visa dilihat memudahkan prosedur perjalanan ke China secara ketara, dan telah disambut mesra oleh industri pelancongan di Korea Selatan.

Menurut makluman tinjauan, meskipun China sentiasa menjadi destinasi popular bagi pelancong Korea Selatan, namun proses permohonan visa yang sukar menjadi penghalang. Kini, dengan adanya dasar bebas visa, ia sekali gus membawa kepada peningkatan ketara dalam minat dalam kalangan pelancong yang melancong ke China.

Beberapa agensi pelancongan Korea Selatan turut memperkenalkan pakej pelancongan untuk bandar popular China seperti Beijing, Shanghai dan Chengdu, yang disesuaikan dengan pelbagai pilihan pengguna bagi memenuhi kemungkinan peningkatan permintaan.

Foto yang diambil pada 29 November 2024 menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon yang sibuk di Korea Selatan. (People’s Daily Online/Li Fan)

Foto yang diambil pada 29 November 2024 menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon yang sibuk di Korea Selatan. (People’s Daily Online/Li Fan)

Rakyat Korea Selatan juga teruja dengan pengenalan dasar bebas visa tersebut. Ramai melihatnya sebagai menawarkan fleksibiliti yang lebih luas dalam perjalanan mereka, selain turut berpendapat bahawa ia membolehkan mereka untuk melawat China dengan mudah serta menyelami kekayaan sejarah dan budaya tanpa perlu membayar visa yang mahal dan melalui proses rumit.

Dasar bebas visa bukan sahaja memudahkan pertumbuhan industri pelancongan dan penerbangan tetapi juga menggalakkan pertukaran rakyat dengan rakyat yang lebih rapat dan mengeratkan hubungan antara China dan Korea Selatan.

Pakar industri tersebut juga melihat aspek pelancongan sebagai memainkan peranan penting dalam meningkatkan persefahaman dan kesedaran budaya antara kedua-dua negara. Pertukaran pelancongan yang semakin meluas dijangka akan memperdalam dan meningkatkan hubungan antara China dan Korea Selatan.

Video

Berita Berkaitan