99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Tahun Baru Cina Kini Dalam Senarai Warisan Tidak Ketara UNESCO

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 05 Disember 2024
Tahun Baru Cina Kini Dalam Senarai Warisan Tidak Ketara UNESCO
Delegasi China meraikan kemasukan Festival Musim Bunga(Tahun Baru Cina), amalan sosial masyarakat Cina dalam sambutan tahun baru tradisional, dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan semasa sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara di Asuncion, Paraguay, 4 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Yubo)

Festival Musim Bunga yang masyhur sebagai amalan menyambut Tahun Baru Cina (TBC) secara rasminya telah memasuki dalam Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan pada Rabu di Asunscion, Paraguay.

Demikian keputusan yang diumumkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) semasa sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara yang berlangsung dari 2 hingga 7 Disember di negara Amerika Latin itu.

Memetik laporan agensi berita Xinhua, jawatankuasa itu mengiktiraf festival tersebut berikutan terdapatnya kepelbagaian upacara ritual dan keunikan unsur budaya yang melibatkan semua masyarakat Cina.

Menurut dokumentasi UNESCO, pengetahuan tradisional dan adat yang dikaitkan dengan Tahun Baru Cina diturunkan secara tidak rasmi dalam keluarga dan komuniti, serta secara formal melalui sistem pendidikan.

Kemahiran ketukangan dan artistik yang berkaitan dengan perayaan itu turut disebar luas melalui perantisan, mempromosikan nilai kekeluargaan, perpaduan, dan kedamaian, sambil menyemai identiti budaya.

Jawatankuasa itu menekankan bahawa festival tersebut uturut merangkumi keharmonian antara manusia dan alam semula jadi, serta menyumbang kepada pembangunan mampan dalam bidang seperti keselamatan makanan dan pendidikan, selain berperanan penting dalam meningkatkan kesedaran alam sekitar.

Naib Menteri Kebudayaan dan Pelancongan China, Rao Quan, yang mengetuai delegasi China pada sesi UNESCO telah menzahirkan penghargaan atas pengiktirafan itu.

Beliau berkata, Perayaan Tahun Baru Cina adalah percutian tradisional Cina yang paling penting, melambangkan harapan rakyat China untuk kehidupan yang lebih baik, hubungan yang kukuh dengan keluarga dan negara, serta nilai-nilai keharmonian antara manusia dan alam semula jadi.

Jelas Rao, selain memberi pengukuhan dalam unsur kerohanian masyarakat Cina, perayaan yang diturunkan dari generasi ke generasi itu turut berperanan dalam menggalakkan keharmonian keluarga dan sosial, memacu pembangunan ekonomi, melindungi alam sekitar, dan memupuk pertukaran budaya global.

Beliau menambah bahawa kemasukan Tahun Baru Cina dalam senarai UNESCO akan membantu mempromosikan nilai sejagat keamanan dan keharmonian serta menyerlahkan peranan penting warisan budaya tidak ketara dalam pembangunan mampan.

Dengan penambahan ini, China kini mempunyai 44 elemen atau amalan budaya yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Budaya Tak Ketara Kemanusiaan.

Tayangan video Tahun Baru Cina semasa sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara di Asuncion, Paraguay, 4 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Yubo)
Tayangan video Tahun Baru Cina semasa sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara di Asuncion, Paraguay, 4 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Yubo)
Sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara diadakan di Asuncion, Paraguay, 4 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Yubo)
Sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara diadakan di Asuncion, Paraguay, 4 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Yubo)
Sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara diadakan di Asuncion, Paraguay, 4 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Yubo)
Hiasan cahaya menjelang Tahun Baru Cina di Macao, selatan China, 29 January 2024. (Xinhua/Cheong Kam Ka)
Penduduk membeli-belah hiasan sempena Tahun Baru Cina di sebuah pasar di Kunming, Provinsi Yunnan, barat daya China, 10 Januari 2023. (Xinhua/Hao Yaxin)
Orang ramai melawat pertunjukan tanglung untuk meraikan Tahun Baru Cina di bandar Taizhou, Provinsi Jiangsu, timur China, 7 Februari 2024. (Xinhua/Tang Dehong)
Pemain gong dan gendang tempatan membuat persembahan semasa pameran kuil di Kaunti Junxian di Provinsi Henan, tengah China, 2 Mac 2018. (Xinhua/Li An)
Penduduk kampung tempatan mempersembahkan tarian naga untuk meraikan Tahun Baru Cina di Kampung Kuangting, Pekan Anhua di Bandar Zhuji di Provinsi Zhejiang timur China, 10 Februari 2024. (Xinhua/Xu Yu)
Artis kalangan rakyat membuat persembahan dengan berjalan di atas tiang di kawasan pemandangan bandar purba Zhengding di Shijiazhuang, Provinsi Hebei, utara China, 27 Januari 2022. (Xinhua/Zhang Xiaofeng)
Kanak-kanak mempersembahkan tarian naga di sebuah tadika untuk meraikan Tahun Baru Cina di Kaunti Xianju di Bandar Taizhou, Provinsi Zhejiang, timur China, 18 Januari 2024. (Wang Huabin/Xinhua)

Video

Berita Berkaitan