99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Tiga Lagi Elemen Kebudayaan China Disenaraikan Dalam Warisan Budaya Tidak Ketara

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 06 Disember 2024
Tiga Lagi Elemen Kebudayaan China Disenaraikan Dalam Warisan Budaya Tidak Ketara
Delegasi dari China meraikan kejayaan tersebut semasa sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara di Asuncion, Paraguay, 4 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Yubo)

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menyenaraikan tiga elemen kebudayaan China sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan di Asuncion, Paraguay, pada Khamis.

Memetik laporan agensi berita Xinhua, ketiga-tiga elemen kebudayaan tersebut adalah perayaan Tahun Baru Qiang yang disambut di Provinsi Sichuan; teknik tekstil Li tradisional yang meliputi memutar, mewarna, menenun dan menyulam, dan reka bentuk; serta amalan tradisional untuk membina jambatan gerbang kayu Cina.

Untuk rekod, pada 2009, ketiga-tiga elemen kebudayaan tersebut telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara yang Memerlukan Perlindungan Segera.

Teknik tradisional tekstil Li. (Foto/CCTV)
Perayaan sambutan festival Tahun Baru Qiang. (Foto/CCTV)
Foto jambatan gerbang kayu China. (Foto/CCTV)

Video

Berita Berkaitan