99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Populasi Beijing Meningkat 15 Ribu Pada 2023, Cecah 21.858 Juta

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 10 Disember 2024

Pada penghujung 2023, populasi penduduk Beijing direkodkan sebanyak 21.858 juta. (foto/VCG)

Pada penghujung 2023, populasi penduduk Beijing direkodkan sebanyak 21.858 juta. (foto/VCG)

Pada penghujung 2023, populasi penduduk Beijing direkodkan sebanyak 21.858 juta, iaitu peningkatan sebanyak 15,000 berbanding tahun terdahulu, sekali gus mencerminkan kestabilan populasi, lapor agensi berita Global Times.

Memetik laporan buku biru berkenaan populasi di Beijing, kadar urbanisasi di ibu negara China itu direkodkan pada 87.8 peratus, iaitu lebih tinggi daripada purata seluruh negara.

Melihat dari sudut struktur populasi, Laporan Penyelidikan Pembangunan Populasi Beijing 2024 menunjukkan bahawa Beijing terus menyediakan peluang strategik yang kritikal untuk mempercepatkan transformasi pemacu pertumbuhan lama dan baharu.

Pada 2023, populasi warga tua yang berumur 60 tahun ke atas di Beijing telah mencecah 4.948 juta, iaitu 22.6 peratus daripada populasi keseluruhan, yang juga peningkatan drastik berbanding 2022.

Buku biru itu turut menekankan bahawa daya hidup ekonomi yang dipacu penduduk Beijing telah bertambah baik, dan kini menduduki tempat pertama di seluruh negara.

Turut difahamkan bahawa peratusan penduduk di kawasan bandar tengah terus menurun, manakala perkadaran di zon pembangunan bandar baharu telah meningkat.

Sementara itu, kemajuan yang ketara telah dicapai dalam pembangunan hijau. Kepekatan bahan pencemar seperti PM 2.5 terus menurun, dan kawasan hijau taman per kapita telah meningkat dengan ketara.

Buku biru tersebut turut mengemukakan beberapa cadangan dasar bagi menangani peluang dan cabaran berkait pembangunan populasi Beijing, dengan fokus cadangan tertumpu kepada pemupukan masyarakat yang mesra kelahiran, serta mewujudkan sistem kesihatan komprehensif bagi menangani situasi populasi menua.

Menurut Global Times, dalam usaha memajukan pembinaan hab bakat bertaraf tinggi, laporan itu mencadangkan supaya mekanisma jangka panjang diterokai untuk menstabilkan jumlah bakat yang mencukupi, serta berterusan menginovasikan dasar-dasar untuk pengambilan kerja belia, perumahan, penjagaan psikologi dan pembungan kerjaya.

Laporan itu antara lainnya turut menggesa Beijing untuk terus memperbaik mekanisma peringatan awal dan pengawasan populasi, serta meningkatkan sistem perkhidmatan dan pengurusan populasi dengan memberikan fokus terhadap mengoptimumkan peruntukan sumber termasuk dalam perumahan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Video

Berita Berkaitan