99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Mengenal Semula "Pengguna China"

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 13 Disember 2024

Adakah orang China telah berubah dalam hal penggunaan?

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, "perkataan tular" mengenai tabiat penggunaan orang China muncul satu demi satu. Daripada "memotong tangan (kegemaran membeli-belah)" dan "menanam rumput (keinginan membeli)" kepada "trend nasional" dan "gaya China baharu", keperluan dan konsep penggunaan orang ramai berubah manakala stereotaip dan "label lama" yang terdahulu semakin hilang.

Penggunaan adalah enjin utama yang memacu pertumbuhan ekonomi. Dalam konteks meningkatkan penggunaan secara maksimum, amat penting untuk mengenal semula "pengguna China".

Adakah pengguna China "konservatif"?

Untuk sekian lama, konsep dan idea penggunaan China distereotaipkan sebagai "konservatif". Adakah ini masih berlaku hari ini? Mari kita lihat dua set data:

Pada November tahun ini, pasaran kereta negara merekodkan jualan sebanyak 2.423 juta unit. Antaranya, 52.3% atau 1.268 juta adalah kenderaan tenaga baharu, mengatasi kenderaan bahan api untuk bulan kelima berturut-turut. Hakikat bahawa kenderaan tenaga baharu China dapat menerajui dunia hari ini, setakat tertentu, adalah kerana "dibeli" oleh pengguna China dengan wang mereka!

Kesediaan untuk menerima perkara baharu telah menjadi ciri baharu pengguna China.

Pada tahun 2023, skala pasaran pengguna rumah pintar China telah melebihi 710 bilion yuan, dan bilangan pengguna aktif bulanan APP rumah pintar melebihi 260 juta orang, menjadikan China negara pengguna rumah pintar terbesar di dunia. Bukan sahaja terminal pintar, malah penggunaan digital dan penggunaan maklumat turut berkembang pesat, dan format perniagaan baharu seperti perkhemahan RV, penerbangan altitud rendah, "ekonomi teres" dan segala yang berkaitan juga sedang dikembangkan dengan cepat.

A BYD Seal 06 DM-i yang dipamerkan di Pameran Motor China (Tianjin) 2024 yang diadakan di Tianjin, utara China, pada 3 Oktober. 2024. (People's Daily Online/Tang Ke)

A BYD Seal 06 DM-i yang dipamerkan di Pameran Motor China (Tianjin) 2024 yang diadakan di Tianjin, utara China, pada 3 Oktober. 2024. (People's Daily Online/Tang Ke)

Adakah pengguna China "mengutamakan produk import"?

Pada masa lalu, produk tenusu Australia dan alatan rumah kecil Jepun sangat dicari-cari oleh orang China. Kini, mamian qun (skirt tradisional China), minuman teh China baharu, dan "Black Myth: Wukong" satu demi satu menjadi "trend nasional" baru dan sering memperoleh peminat di luar negara.

Pengaruh budaya tradisional terhadap trend pengguna terus meningkat. Konsep seperti "gaya nasional", "trend nasional" dan "gaya China baharu" telah menyerap masuk ke dalam pelbagai bidang dan senario penggunaan seperti katering, hiburan, pelancongan kebudayaan, kecantikan dan pakaian.

Pada bulan Mei tahun ini, seminggu selepas "My Altay" disiarkan dalam talian, carian mengenai "Altay" di platform pelancongan LY.com meningkat sebanyak 562%. Pada bulan Ogos, permainan video "Black Myth: Wukong" mencatat jualan lebih 10 juta salinan di seluruh dunia dalam masa tiga hari selepas dikeluarkan. Ia terus menjadi popular di dalam negara dan juga semakin diminati di luar negara. Shanxi, lokasi penggambaran utamanya, turut mencapai pertumbuhan berganda dari segi bilangan pengunjung dan pendapatan pelancongan. Di samping itu, minuman teh China baharu dan konsep perkahwinan China baharu yang menggabungkan budaya tradisional dengan trend moden juga bertambah popular. Pengguna China semakin yakin dengan budaya mereka sendiri!

Pelancong yang memakai Hanfu bergambar di Datang Everbright City, kawasan pejalan kaki bertema Dinasti Tang di Xi’an, ibu provinsi Sha’anxi pada 15 Mei 2023. (Xinhua/Song Weiwei)

Pelancong yang memakai Hanfu bergambar di Datang Everbright City, kawasan pejalan kaki bertema Dinasti Tang di Xi’an, ibu provinsi Sha’anxi pada 15 Mei 2023. (Xinhua/Song Weiwei)

Adakah pengguna China "tertutup"?

Pada Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) yang baru selesai, pengguna China terpesona dengan beras wangi Thailand, ceri Chile, kiwi New Zealand, beri biru Amerika. Semua makanan istimewa ini membawa adat dan warisan budaya dari seluruh dunia.

Dalam tempoh beli-belah "Double 11", e-dagang rentas sempadan menjadi titik pertumbuhan baharu, dan platform e-dagang juga telah melancarkan aktiviti promosi di pasaran seperti Eropah, Amerika, Jepun dan Korea Selatan, membolehkan pengguna serata dunia, termasuk China, menikmati kemudahan dan faedah.

Populariti melancong ke luar negara terus meningkat. Semasa Hari Kebangsaan China tahun ini, 7.589 juta penduduk tanah besar masuk dan keluar negara, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 33.2%. Selain itu, laporan kewangan suku ketiga Ctrip menunjukkan bahawa tempahan perjalanan keluarnya telah pulih kepada 120% daripada tempoh yang sama pada 2019.

Keterbukaan adalah simbol pemodenan China yang tersendiri. Pengguna China menerima dunia luar dengan sikap inklusif dan terbuka, menarik syarikat global untuk memasuki China, menggalakkan lagi strategi penyetempatan di China, dan membangunkan lebih banyak produk yang memenuhi cita rasa pengguna China. Sejak awal tahun ini, pegawai eksekutif dari berpuluh-puluh syarikat multinasional seperti Apple, Qualcomm, Mercedes-Benz dan Tesla telah membuat lawatan pemeriksaan intensif ke China. Ini bukan sahaja menunjukkan keyakinan mereka terhadap peluang yang wujud ekoran dasar China, tetapi juga terhadap pengguna China.

Kakitangan kastam sedang memeriksa durian yang diimport di Pelabuhan Youyiguan di Bandar Pingxiang, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China, 26 Ogos 2024. (Xinhua/Lu Boan)

Kakitangan kastam sedang memeriksa durian yang diimport di Pelabuhan Youyiguan di Bandar Pingxiang, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China, 26 Ogos 2024. (Xinhua/Lu Boan)

Adakah pengguna China "introvert"?

Apabila jumpa makanan lazat, ambil gambar, biar rakan-rakan maya “nikmati” dahulu... Apabila mahu kongsi kehidupan, pergi ke Xiaohongshu untuk "menanam rumput (keinginan membeli)" dan "mencabut rumput (menghapuskan keinginan membeli)".

Pengguna China yang pernah digambarkan dengan sifat “introvert” dan “memendam”, kini bagaikan “meletup” dengan keinginan untuk berkongsi di media sosial.

Laporan umum menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan akaun aktif bulanan Weixin (Wechat versi China) dan WeChat (versi global) semasa telah mencapai 1.382 bilion, dan hampir 900 juta pengguna membuka Moments setiap hari. Di Xiaohongshu, pengguna aktif bulanan telah melebihi 300 juta, dengan 70% pengguna menggunakan fungsi carian, menjadikan purata penggunaan fungsi tersebut 6 kali sehari. Di platform sosial, pengguna lebih bersedia untuk berkongsi pandangan hidup dan pengalaman penggunaan mereka, "menanam rumput" buat pengguna lain.

Daripada inovasi format ekonomi digital seperti penstriman langsung dan e-dagang sosial kepada populariti konsep penggunaan seperti "penggunaan berdasarkan meme" dan "penggunaan untuk menggembirakan diri sendiri", peralihan ini mencerminkan ciri baharu pengguna China iaitu mengejar personalisasi, kepelbagaian dan kualiti. Bukan sahaja golongan muda yang berminat untuk mengekspresikan diri mereka dan mengejar pengiktirafan sosial, pengguna warga emas China juga penuh semangat dan memainkan peranan baharu dalam menerajui trend penggunaan!

Hari ini, "pengguna China" perlu diiktiraf semula: mereka bersedia menerima perkara baharu dan menyediakan peluang yang baik untuk inovasi. Mereka juga berminat untuk berkongsi dan mempromosikan produk-produk yang baik di seluruh dunia. Skala yang tiada tandingan, kualiti yang tinggi dan inovasi yang melonjak... inilah pasaran China!

Pengacara siaran langsung mempromosikan gandum menerusi penstriman langsung dari ladang gandum di Mayu, bandar Rui'an, provinsi Zhejiang timur China. (Foto ihsan orang awam)

Seorang wanita mempromosikan gandum menerusi penstriman langsung dari ladang gandum di Mayu, bandar Rui'an, provinsi Zhejiang timur China. (Foto ihsan orang awam)

Video

Berita Berkaitan