99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Perdagangan Tanah Besar dengan Macao Cecah USD3.84 Bilion

(CRI)Jumaat 13 Disember 2024

Perdagangan antara Tanah Besar China dengan Macao mencecah USD3.84 bilion (RM17.1 bilion) pada tahun 2023, meningkat 4.3 kali ganda sejak pengembalian Macao ke pangkuan tanah air pada tahun 1999. Setakat bulan Oktober 2024, Tanah Besar telah menarik pelaburan langsung dari Macao sebanyak USD23.93 bilion (RM106.56 bilion), manakala pelaburan langsung Tanah Besar terhadap Macao direkodkan USD14.19 bilion (RM63.19 bilion).

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yadong dalam sidang media pada Khamis memaklumkan bahawa dalam tempoh 25 tahun sejak Macao dikembalikan ke tanah air, pihaknya dengan kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Macao telah membina dan menyempurnakan mekanisme kerjasama, dan berjaya mewujudkan perdagangan bebas dalam bidang kargo dengan menyeluruh dan perdagangan bebas dalam bidang perkhidmatan pada asasnya.

He menambah, pihaknya akan memanfaatkan Jawatantakuasa Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Tanah Besar dengan Macao untuk memainkan peranan yang aktif membantu Macao memacu ekonomi tempatan dan menambah baik hidup rakyat sehingga meningkatkan kerelevanan dalam landskap pembangunan negara.

Video

Berita Berkaitan