- Lain-lain
Tindak Balas Kecemasan di Sichuan Dinaikkan ke Peringkat Satu
(CRI)Selasa 06 September 2022
Markas Operasi Menyelamat Gempa Bumi Provinsi Sichuan menaik taraf tindak balas kecemasan gempa bumi dari peringkat uda ke peringkat satu. Seramai 6,500 orang terdiri daripada anggota tentera dan polis bersenjata, penyelamat profesional dan kakitangan perubatan telah bergegas ke kawasan bencana untuk menjalankan misi menyelamat.
Dalam pada itu, sebanyak empat helikopter dan dua pesawat tanpa pemandu (UAV) besar dikerahkan untuk menjalankan peninjauan dan penyelamatan bencana.
Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda Luding, kawasan Ganzi di provinsi Sichuan dan sebanyak 65 orang dilaporkan maut setakat ini.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang