99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Panorama Seindah Lukisan di Tasik Dianchi (2)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 22 November 2022
Panorama Seindah Lukisan di Tasik Dianchi
Pemandangan indah permai di Taman Tanah Lembap Negara Tasik Dianchi Selatan pada awal musim sejuk. (Gambar oleh Song Guangxu)

Taman Tanah Lembap Negara Tasik Dianchi Selatan, bandar Kunming, provinsi Yunnan menjanjikan panorama seindah lukisan dengan kilauan merah keemasan pokok-pokok metasequoia di bawah sinar mentari awal musim sejuk.

Burung hijrah menari-nari dan burung air mengocak-ngocakkan permukaan tasik, bagaikan lukisan hidup yang berwarna-warni.

Taman Tanah Lembap Negara Tasik Dianchi Selatan, seluas 1709.43 mu (114 hektar), merupakan tanah lembap muara terbesar di Kunming dan bahagian penting zon ekologi tertutup di sekitar Tasik Dianchi.

Ekosistem tanah lembap tempatan yang merangkumi sungai, parit, kolam dan tasik telah dipulihkan melalui usaha pulihara ekologi selama bertahun-tahun dan kini menjadi kawasan dengan paling banyak spesies tumbuhan dan haiwan, sehingga menarik banyak burung hijrah untuk singgah di sini pada musim sejuk. Taman Tanah Lembap Tasik Dianchi Selatan mendapat status taman negara dengan rasminya pada tahun 2019.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan