- Lain-lain
Kru Kapal Angkasa Shenzhou-15 Jayakan EVA Pertama (4)
Fei Junlong, Deng Qingming dan Zhang Lu, tiga angkasawan yang menaiki kapal angkasa Shenzhou-15 berjaya menyelesaikan kesemua tugas aktiviti luar kenderaan (EVA) selama 7 jam pada pukul 0.16 Jumaat.
Menurut Jabatan Kejuruteraan Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSEO), dalam tempoh EVA terbabit, tiga angkasawan tersebut telah menyelesaikan sejumlah tugas seperti pemasangan unit pam tambahan di luar modul Mengtian. Ini merupakan EVA pertama setelah Stesen Angkasa Lepas China selesai dibina secara menyeluruh, dan juga EVA pertama bagi ketiga-tiga angkasawan tersebut. Menurut rancangan yang sudah ditetapkan, mereka akan terus melaksanakan sebahagian lagi EVA pada masa kelak.
Sementara itu, yang berada dalam pelaksanaan sekarang ini juga termasuk tugas pemasangan kelengkapan bagi penghantaran kargo ke luar atau ke dalam Stesen.
- Kru Angkasawan Shenzhou-15 Bakal Lakukan EVA Pertama
- Lengan Mekanik Bantu EVA Shenzhou-15
- China Berjaya Lancarkan Kapal Angkasa Shenzhou-15 Sasarkan Penggantian Kru Dalam Orbit
- Kapal Angkasa Shenzhou-15 Dilancarkan Pukul 11.08 Malam Esok
- Persiapan Pelancaran Kapal Angkasa Shenzhou-15 Selesai
- Kapal Angkasa Shenzhou-15 Dipindah ke Tapak Pelancaran