99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Ambil Langkah Baharu dalam Penyelidikan Asas (2)

(CRI)Khamis 23 Februari 2023
China Ambil Langkah Baharu dalam Penyelidikan Asas

Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) kelmarin telah mengadakan kajian kolektif tentang "memperkukuh penyelidikan asas".

Kajian tersebut merupakan antara keistimewaan pentadbiran negara PKC dalam usaha penyempurnaan parti pemerintah.

Sebagai barisan pembuat keputusan parti pemerintah, anggota biro politik akan mengadakan kajian kolektif berhubung masalah teras pembangunan negara dan pengetahuan profesional bagi mempertingkat kemampuan serta taraf tadbir urus negara.

Dimaklumkan, tujuh atau lapan kajian kolektif seumpama itu diadakan setahun dan kajian kali ini pula adalah bertemakan memperhebat penyelidikan asas serta memperkukuh kemandirian sains dan teknologi.

Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping berkata, penyelidikan asas amat diperlukan bagi menangani masalah teknologi teras dalam menghadapi persaingan teknologi antarabangsa dan merealisasikan kemandirian bertaraf tinggi.

Beliau menambah, China akan berusaha menggalakkan keterbukaan, kepercayaan serta kerjasama sains dan teknologi antarabangsa, selain menyumbang lebih besar kepada kemajuan peradaban manusia dengan lebih banyak inovasi dan teknologi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan