- Lain-lain
Sidang Pleno ke-2 Jawatankuasa Pusat PKC ke-20 Mula Berlangsung
(CRI)Isnin 27 Februari 2023
Sidang pleno kedua Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) penggal ke-20 diadakan di Beijing pada Ahad.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping, membentangkan laporan kerja bagi pihak Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC dalam sidang tersebut.
Para hadirin sidang pleno tersebut akan membahaskan draf rancangan mengenai pembaharuan Parti dan institusi negara, serta senarai nama calon untuk jawatan utama institusi negara yang akan disyorkan oleh Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC kepada sesi pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 dan calon untuk jawatan utama Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang akan disyorkan kepada sesi pertama Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-14.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang