99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Tinjauan: Pendidikan, Kebajikan, Antirasuah Tumpuan Netizen Menjelang Sidang NPC, CPPCC

Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian (People’s Daily Online) menjalankan tinjauan pada 1 Februari hingga 27 Februari.

Menjelang sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) 2023, Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian (People’s Daily Online) menjalankan tinjauan pada 1 Februari hingga 27 Februari. Ini kali ke-22 wadah ini menjalankan tinjauan sempena sidang tahunan tersebut, dan melibatkan 5.81 juta orang.

Antara 10 topik yang paling hangat termasuk pendidikan, kebajikan, antirasuah, pembangunan luar bandar, pekerjaan, perubatan, pentadbiran berdasarkan undang-undang, tadbir urus masyarakat, peningkatan permintaan domestik dan penggunaan serta demokrasi rakyat sepanjang proses, menurut hasil undian netizen.

10 topik yang paling hangat menurut hasil undian netizen.

Hasil tinjauan turut menunjukkan bahawa, susulan Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China buat kali pertama memasukkan ‘pendigitalan pendidikan’ ke dalam laporan, “naik taraf dan tambah baik platform perkhidmatan awam negara untuk pendidikan pintar”, “tingkatkan tahap celik digital serta keupayaan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi para guru” serta “bina pusat data raya pendigitalan pendidikan peringkat negara” menjadi perhatian utama.

Perkataan ‘kebajikan’ tersenarai sebagai 10 topik paling hangat buat kali ke-19. Hasil tinjauan menunjukkan para netizen amat memberi perhatian kepada skim pencen bukan kerajaan, skop penggunaan kad kebajikan masyarakat yang diperluaskan dan sebagainya.

Tahun ini, ‘antirasuah’ sekali lagi menjadi tumpuan. Adalah menjadi harapan ramai netizen bahawa usaha antirasuah, ketelusan dalam pentadbiran dipertingkatkan lagi agar rakyat dapat memantau kerajaan dengan lebih berkesan.

Di sambil itu, 67.8% daripada yang menyertai tinjauan berharap bahawa usaha pembinaan hospital pintar diperhebat lagi agar mengurangkan waktu tunggu para pesakit. 65.6% menantikan industri bercirikan tempatan di kawasan luar bandar diperluaskan lagi. 56.5% mengharapkan lebih banyak inovasi dan aplikasi dalam sektor perubatan. 59% berharap lebih banyak lagi peluang diwujudkan bagi rakyat bersuara untuk kepentingan masing-masing. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan