99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Perlindungan Haiwan dan Tumbuhan Liar China Capai Hasil Baik

(CRI)Jumaat 03 Mac 2023
Perlindungan Haiwan dan Tumbuhan Liar China Capai Hasil Baik

China telah mengambil pelbagai tindakan untuk melindungi haiwan dan tumbuhan liar sehingga mencapai hasil yang menggalakkan, kata pegawai Biro Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput sempena sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia kesepuluh yang jatuh pada hari ini.

Difahamkan, sepanjang sepuluh tahun yang lalu, populasi liar spesies seperti panda gergasi, gajah Asia, harimau dan harimau bintang, ungka Hainan, sekendi berjambul dan pokok merpati terus bertambah secara beransur-ansur melalui pelaksanaan projek menyelamat spesies terancam di negara ini.

Di samping itu, taman botani peringkat kebangsaan turut dibina untuk mempergiat perlindungan tumbuhan terancam dan sumber tumbuhan penting, selain menggalakkan pemuliharaan biodiversiti serta penggunaan sumber asli secara mampan.

Pada masa ini, pindaan Undang-undang Perlindungan Hidupan Liar telah disemak dan diluluskan serta akan dikuatkuasakan secara rasmi pada 1 Mei nanti.

Selaras dengan itu, satu sistem mesyuarat bersama antara kementerian untuk memerangi pemerdagangan haram haiwan dan tumbuhan liar, serta sistem mesyuarat secara bersama antara kementerian untuk penyeliaan pasaran dalam talian akan turut diwujudkan.

Sistem-sistem tersebut akan membantu untuk menghapuskan tabiat buruk dengan tegas seperti menjadikan haiwan liar sebagai hidangan, melaksanakan langkah kawalan yang paling ketat untuk pemerdagangan hidupan liar, dan membentuk sistem mesyuarat bersama berbilang jabatan untuk memerangi pemerdagangan haram hidupan liar.

Sebagai sebuah metropolis, kaedah untuk merealisasikan kewujudan simbiosis antara manusia dan alam semula jadi di Beijing adalah ujian utama bagi pentadbiran bandar.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tahap perlindungan haiwan dan tumbuhan liar di Beijing terus meningkat.

Untuk rekod, Beijing sedang menguruskan versi senarai haiwan dan tumbuhan liar yang baharu bagi memasukkan spesies haiwan dan tumbuhan liar yang baru ditemui dalam senarai itu.

Pengarah Bahagian Perlindungan Hidupan Liar dan Tanah Lembap Biro Landskap Beijing, Zhang Zhimin berkata, pihaknya mendapati spesies haiwan liar di Beijing adalah lebih daripada 600.

“Kami pada mulanya menyenaraikan sebanyak 503 spesies sahaja, namun ketika proses mengemaskini senarai baharu, kami mendapati perubahan yang paling besar berlaku pada spesies burung,” ujar beliau.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan