99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Bangunkan Zhurong, Kenderaan Perayau Marikh China

(CRI)Khamis 27 April 2023

Bagaimanakah keadaan Zhurong, kenderaan perayau Marikh China yang sedang berhibernasi sejak 18 Mei tahun lalu?

Hayat reka bentuk Zhurong ialah 90 hari Marikh dan kini sudah melebihi tempoh perkhidmatannya. Kenderaan itu telah beroperasi selama 358 hari Marikh dan meninjau jarak sejauh 1,921 meter setakat ini.

Sebagai kenderaan elektrik solar, Zhurong memasuki mod hibernasi secara automatik ekoran kekurangan cahaya matahari selepas hemisfira utara Marikh memasuki musim sejuk. Zhurong akan "bangun" semula sekiranya suhu kabin melebihi -15℃ dan cahaya matahari mampu menyumbang tenaga elektrik minimum bagi kenderaan itu, iaitu 140 wat.

Musim bunga sudah pun tiba di planet merah itu, namun mengapakah Zhurong masih dalam mod hibernasi? Menurut analisis yang dibuat oleh Ketua Pereka Bentuk Projek Penerokaan Planet China (PEC), Zhang Rongqiao, kemungkinan besar elemen pasir dan debu mengakibatkan kelemahan penjanaan eletrik sehingga tenaga elektrik tidak mencukupi untuk membangunkan Zhurong.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan