- Lain-lain
China, Kyrgyzstan Pergiat Kerjasama Segenap Aspek
Presiden China Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Kyrgyzstan, Sadyr Japarov di Xi'an pagi tadi.
Xi berkata beliau amat mengalu-alukan kehadiran Japarov untuk menyertai Sidang Kemuncak China-Asia Tengah di Xi'an serta melakukan lawatan rasmi ke China.
Beliau menyatakan, kedua-dua pihak mencapai konsensus penting mengenai hubungan bilateral dan kerjasama dalam pelbagai bidang apabila dua kali pertemuan diadakan pada tahun lepas.
Konsensus berkenaan sedang dilaksanakan secara efektif hingga menyuntik penggerak kuat kepada perkembangan hubungan bilateral.
Xi turut memuji kesungguhan Japarov dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi, menambah baik kesejahteraan rakyat dan menggalakkan perdamaian antara pelbagai kuasa politik.
Beliau yakin Kyrgyzstan akan terus melakar kemajuan baharu dalam pelbagai bidang di bawah pimpinan Presiden Japarov.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-31 hubungan diplomatik China-Kyrgyzstan.
Xi berkata China bersedia bersinergi dengan Kyrgyzstan untuk memantapkan kerjasama membabitkan segenap aspek, sekali gus memacu pembangunan kedua-dua negara.