99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Stadium E-Sukan Sukan Asia Hangzhou Serba Canggih

Pusat E-Sukan Hangzhou yang terletak di Taman Ekologi Beijingyuan, Hangzhou bakal menjadi stadium untuk acara e-sukan Sukan Asia 2022 yang akan datang. Fasiliti ini juga stadium e-sukan pertama yang bertaraf Sukan Asia di China.

Stadium ini dipanggil “Kapal Perang Luar Angkasa” kerana bentuk yang agak mirip jika dilihat dari udara. Dimaklumkan bahawa reka bentuknya telah menerapkan unsur-unsur e-sukan dan juga budaya Hangzhou sebagai bandar penting di sepanjang Terusan Besar yang bersejarah lebih 1,000 tahun.

Foto dron Pusat E-Sukan Hangzhou pada 2022. (Xinhua/Jiang Han)

Foto dron Pusat E-Sukan Hangzhou pada 2022. (Xinhua/Jiang Han)

Di tengah-tengah dewan permainan stadium itu, dipasang skrin fleksibel dengan lapan permukaan seluas 202 meter persegi yang boleh disesuaikan ketinggiannya mengikut permintaan audiens. Ditambah dengan dua mesin unjuran holografik definisi tinggi dan sepuluh set speaker yang enam daripadanya di atas skrin itu dan empat lagi di bawah, sekali gus menawarkan pengalaman yang mengasyikkan kepada setiap yang menonton.

Selain itu, dipasang juga 192 lampu sorot yang boleh berputar 360 darjah untuk menggamatkan suasana semasa permainan.

Majlis perasmian Pusat E-Sukan Hangzhou pada 2022. (Xinhua/Jiang Han)

Majlis perasmian Pusat E-Sukan Hangzhou pada 2022. (Xinhua/Jiang Han)

Keseluruhan bangunan itu setinggi empat tingkat, iaitu satu di bawah tanah, tiga lagi di atas. Dewan permainan yang mampu menampung 5,000 orang terletak di tengah-tengah stadium. Zon pengadil, jurulatih, atlet dan wartawan serta zon peralatan ditempatkan di tingkat bawah tanah.

Penduduk tempatan dan peminat e-sukan menonton permainan e-sukan di stadium pada 2022. (Xinhua/Jiang Han)

Penduduk tempatan dan peminat e-sukan menonton permainan e-sukan di stadium pada 2022. (Xinhua/Jiang Han)

Dewan kawalan yang merupakan “otak” bagi stadium itu direka bentuk sebagai kokpit pintar. Kokpit pintar akan memasuki mod operasi permainan dalam tempoh Sukan Asia Hangzhou yang dapat membuat analisis terhadap data kenderaan, trafik dan tiket dengan pantas. Juga termasuk dalam fungsinya, ia akan mengaktifkan pelan tindakan kecemasan sekiranya perlu agar acara berlangsung dengan lebih selamat dan lancar.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan