- Lain-lain
Shenzhou-15 Bawa Balik Sampel Seberat Lebih 20kg
Kapal angkasa Shenzhou-15 yang selamat kembali ke Bumi pada Ahad, membawa balik kumpulan keempat sampel eksperimen sains angkasa seberat lebih 20 kilogram (kg).
Sebahagian sampel itu diserahkan kepada saintis di Pusat Teknologi dan Kejuruteraan bagi Penggunaan Angkasa, Akademi Sains China (CSU) di Beijing untuk penyelidikan selanjutnya.
Sampel berkenaan membabitkan 15 projek saintifik merangkumi sampel hidupan seperti sel, nematoda, Arabidopsis dan padi yang tumbuh kembali (ratoon rice), serta pelbagai material antaranya bahan aloi, bahan pengesan inframerah model baharu dan lain-lain.
Para saintis akan menjalankan analisis terhadap sampel hidupan berkaitan melibatkan biologi molekul, biologi sel, pertumbuhan di orbit dan proses metabolisme.
Ia akan menyediakan asas teori untuk terus mencipta tanaman yang bersesuaian dengan persekitaran ruang angkasa, serta meneroka dan menggunakan pelbagai sumber termasuk mikrograviti angkasa lepas, radiasi dan sebagainya.
- Kru Angkasawan Shenzhou-15 Selamat Kembali ke Bumi
- Kru Angkasawan Shenzhou-15 Tiba di Beijing
- Kru Kapal Shenzhou-16 dan Shenzhou-15 Bakal Jumpa di Stesen Angkasa Lepas
- Angkasawan Shenzhou-15 Cipta Rekod Baharu
- Eksperimen Sains di Shenzhou-15 Capai Hasil Cemerlang
- Wang Yaping, Penyemai Impian Jelajah Angkasa Lepas
- Misi yang Berjaya Diselesaikan Kru Shenzhou-15 di Ruang Angkasa
- Kru Angkasawan Shenzhou-15 Bakal Lakukan EVA Pertama