99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Kecam Sekatan AS Menyasar Mesin Penekan Pil Biasa

(CRI)Selasa 06 Jun 2023

China membantah sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap entiti dan individu China kerana terbabit dalam pengedaran jentera yang didakwa boleh digunakan untuk menghasilkan fentanyl.

Dilaporkan, Jabatan Perbendaharaan AS mengumumkan sekatan ke atas tujuh buah entiti dan enam orang individu China berhubung penjualan mesin penekan pil, acuan dan peralatan berkenaan kepada AS dan Mexico.

Untuk itu, Kementerian Perdagangan China (MOFCOM) berkata China sentiasa berpendirian tegas dalam usaha antinarkotik, dan melakukan yang terbaik untuk membantu AS menyelesaikan masalah penyalahgunaan fentanyl.

Tindakan AS itu dilakukan atas niat mengelirukan khalayak ramai menyusuli kegagalannya dalam menangani masalah dadah yang berleluasa di negara itu.

MOFCOM turut menegaskan, China akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mempertahankan hak dan kepentingan sah syarikat dan individu terbabit.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan