99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Surat Tahniah Xi untuk Forum Selat Ke-15

(CRI)Isnin 19 Jun 2023

Presiden China, Xi Jinping mengutuskan surat tahniah kepada Forum Selat ke-15 yang dirasmikan pada Sabtu lalu.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China berkata, Forum Selat merupakan platform penting untuk menggalakkan pertukaran yang meluas antara semua lapisan masyarakat dan menggalakkan pertukaran dan kerjasama di kalangan rakyat antara kedua-dua pantai Selat Taiwan.

"Forum Selat diharapkan terus berfungsi meningkatkan daya hidup untuk memperluaskan pertukaran kalangan rakyat dan memperdalam integrasi dan pembangunan di kedua-dua pantai Selat Taiwan," kata Xi.

Beliau turut menegaskan, prospek perkembangan modenisasi ala China adalah cerah.

"Hanya dengan berada dalam keadaan yang baik, negara dan masyarakat yang berbilang kaum barulah boleh dijadikan naungan baik bagi saudara setanah air di kedua-dua pantai Selat Taiwan.

"Kami (Tanah Besar) akan menghormati, menjaga dan memberi manfaat kepada saudara setanah air di Taiwan, mengekalkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang ekonomi dan kebudayaan, mengintensifkan integrasi dan pembangunan dalam pelbagai bidang, bersama-sama menyuburkan kebudayaan China bagi merapatkan silaturahim saudara setanah air dari kedua-dua pantai Selat Taiwan," kata Xi.

Xi pada akhirnya menzahirkan harapan agar saudara setanah air di kedua-dua pantai Selat Taiwan mengikuti perkembangan trend sejarah, mengamalkan nilai-nilai holistik berkaitan kepentingan kebangsaan, menyumbang kepada perkembangan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan dalam suasana damai dan bersama-sama memperjuangkan kebangkitan nusa dan bangsa China.

Forum Selat ke-15 yang bertemakan "Memperluas Pertukaran di Kalangan Rakyat dan Memperhebat Pembangunan Bersepadu" dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China dan pihak berkuasa tempatan Fujian beserta 82 institusi dan pertubuhan kedua-dua pantai Selat Taiwan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan