- Lain-lain
Kawat Tahniah Xi kepada Presiden Baharu Sierra Leone
Presiden China, Xi Jinping telah mengutus kawat tahniah kepada Julius Maada Bio yang terpilih lagi sebagai Presiden Sierra Leone pada Selasa lalu.
Menurut Xi, China dan Sierra Leone yang mempunyai hubungan persahabatan yang bersejarah lama, menyaksikan rasa saling percaya semakin mengukuh dalam bidang politik, kerjasama bilateral mencapai hasil yang cemerlang, dan penyelarasan antara kedua-dua negara semakin rapat dalam menangani hal ehwal antarabangsa pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Xi yang mengambil berat terhadap pembangunan hubungan China-Sierra Leone, bersedia berusaha bersama-sama Presiden Julius Maada Bio untuk saling menyokong, bekerjasama secara bersatu padu dan mendorong perkembangan Perkongsian Kerjasama Strategik Komprehensif China-Sierra Leone supaya dapat membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.