99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Komited Perkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif dengan ASEAN

(CRI)Jumaat 14 Julai 2023

China akan terus bersinergi dengan ASEAN untuk memantapkan perkongsian strategik komprehensif, serta menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran serantau.

Demikian ujar Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi semasa mesyuarat menteri luar China-ASEAN (10+1), di sini, pada Khamis.

Wang menyatakan China dan negara-negara ASEAN aktif mempraktikkan prinsip Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC), di samping giat memperkasa kerjasama saling untung dalam segenap aspek.

"Kedua-dua pihak bersinergi menggerakkan pembentukan komuniti berkongsi nasib, pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta integrasi ekonomi serantau."

"China komited menawarkan peluang baharu kepada negara lain menerusi pemodenan bercirikan sendiri,“ kata Wang.

Tambah diplomat kanan itu, China juga bersedia memperkukuh perpaduan dan kolaborasi dengan ASEAN untuk memajukan proses pemodenan di rantau Asia.

Peserta mesyuarat itu menzahirkan penghargaan kepada China yang mendukung kedudukan pusat ASEAN dan pembinaan komuniti ASEAN.

China juga dipuji kerana terlebih dahulu menyatakan hasrat untuk menandatangani protokol Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ).

Difahamkan, mesyuarat kali ini meluluskan kenyataan bersama sempena ulang tahun ke-20 keanggotaan China dalam TAC, serta dokumen garis panduan untuk mempercepat pemuktamadan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan