99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Unit Janakuasa Nuklear Ketiga "Hualong One" China Dibina di Pakistan

(CRI)Isnin 17 Julai 2023

Syarikat Nukelar Kebangsaan China (CNNC) memaklumkan satu lagi majlis pecah tanah untuk unit baharu loji janakuasa nuklear telah diadakan di Chashma, Pakistan baru-baru ini.

Dikenali sebagai C-5, ia mempunyai kapasiti sejuta kilowatt dengan teknologi "Hualong One", iaitu generasi ketiga CNNC, sekali gus menjadi unit janakuasa nuklear ketiga "Hualong One" di luar China.

Dengan teknologi "Hualong One", iaitu salah satu teknologi janakuasa nuklear tercanggih di dunia, C-5 dijangka mampu membekalkan elektrik sebanyak 10 bilion kilowatt sejam setahun.

Ia secara tidak langsung berkemampuan memenuhi keperluan penggunaan lebih empat juta keluarga setempat sepanjang tahun.

Untuk rekod, China dan Pakistan telah membina enam unit janakuasa nuklear yang dapat membekalkan elektrik bersih sebanyak 30 bilion kilowatt-jam setahun, bersamaan dengan penjimatan 9.38 juta tan penggunaan arang standard, iaitu pengurangan pelepasan 24.48 juta karbon dioksida setiap tahun, atau menanam sebanyak 210 juta batang pokok.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan