- Lain-lain
Beijing Sanggah Keputusan Biden Sekat Pelaburan di China
Beijing membuat bantahan sekeras-kerasnya atas tindakan Amerika Syarikat (AS) menyekat aktiviti melabur di China.
Presiden Joe Biden dilaporkan menandatangani perintah eksekutif bertujuan menyekat dan mengawal selia pelaburan berteknologi tinggi oleh entiti AS menyasarkan China, hari ini.
Ia meliputi cip komputer termaju, elektronik mikro, teknologi maklumat kuantum dan kecerdasan buatan.
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) China mengkritik tindakan AS seumpama melanggar prinsip ekonomi berorientasikan pasaran dan persaingan adil, mencemar order perdagangan global serta mengganggu kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan di peringkat global.
Keputusan AS itu akan merosakkan kepentingan kedua-dua negara malah komuniti perniagaan dunia, kata jurucakap itu.
Washington digesa supaya mengotakan janji-janji yang dibuat pentadbiran Biden antaranya tiada niat untuk mencantas hubungan dengan China dan menghalang pertumbuhan ekonomi China.
Jurucakap itu menerusi kenyataan turut mengingatkan AS jangan mempolitikkan isu berkaitan teknologi atau menggunakannya sebagai alat dan senjata, selain menarik balik keputusan salah dengan serta-merta dan mewujudkan persekitaran kerjasama yang kondusif.
- China Gesa AS Hentikan Sekatan Sepihak terhadap Venezuela
- China Menolak Konfrontasi Geopolitik Dalam Institusi Kewangan Pelbagai Hala
- China Kecam Sekatan AS Menyasar Mesin Penekan Pil Biasa
- MPS Bantah Keras Tindakan Undang-undang AS Menyasar Pegawai China
- China Selar Tindakan AS Pentingkan Diri Sendiri
- China Bantah Keras Tuduhan dan Sekatan AS
- China Menentang Sekatan AS ke atas Sejumlah Syarikat Domestiknya
- China Kena Sekatan terhadap Institut Hudson dan Perpustakaan Ronald Reagan
- AS Digesa Batalkan Sekatan Sepihak
- China Bantah Sekatan AS Beralasan Melibatkan Rusia