- Lain-lain
Pasaran Penggunaan Rancak di China Semasa Cuti Panjang
Rakyat China akan menikmati percutian selama lapan hari sempena Pesta Kuih Bulan dan Hari Kebangsaan, iaitu dari 29 September hingga 6 Oktober.
Menurut jabatan pentadbiran kereta api China, pihaknya akan memulakan jadual pengangkutan sempena percutian tersebut selama 12 hari, bermula 27 September.
Dijangka seramai 190 juta penumpang akan menggunakan kereta api dalam tempoh tersebut, manakala 29 September diunjur akan menjadi puncak pengangkutan dengan penghantara lebih 20 juta penumpang.
Dalam percutian lapan hari sempena Pesta Kuih Bulan dan Hari Kebangsaan ini, sebanyak lebih 11,500 unit kereta api dijangka akan beroperasi setiap hari, angka ini meningkat sebanyak 1,850 unit berbanding hari biasa. Manakala jumlah penumpang dijangka meningkat 18.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019.
Di samping itu, jabatan kereta api juga melancarkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) pada waktu malam, dengan 320 unit kereta api ditambah untuk laluan hangat.
Selain pengangkutan, pelbagai pihak berkaitan juga mengambil langkah untuk memastikan pengeluaran dan pembekalan terjamin.
Kini permintaan pengguna terhadap produk akuatik meningkat dengan mendadak semasa Pesta Kuih Bulan dan Hari Kebangsaan.
Jumlah penangkapan ketam tasik di bandar Suqian, provinsi Jiangsu, dijangka akan mencapai 65,000 tan bagi musim menuai ini. Syarikat logistik tempatan mengambil langkah seperti hantara ekspres dan rantaian sejuk untuk memastikan ketam dari Suqian boleh dihantar ke pengguna di 150 bandar China pada hari yang sama.
Dari aspek tempahan pula, Beijing menjadi destinasi pelancongan yang paling hangat. Menurut data statistik sebuah platform tempahan dalam talian, tempat-tempat pelancongan di Beijing akan menerima 3.2 juta pengunjung setiap hari dari 1 hingga 3 Oktober.
- Konglomerat Kopi Indonesia Yakin Potensi Pasaran China
- Pasaran Penggunaan China Melonjak
- China Mahu Manfaatkan Kelebihan Pasaran Besar
- Pasaran Runcit dalam Talian Tumbuh Stabil: MOFCOM
- Pasaran Perbelanjaan Lebih Dinamik Menjelang TBC
- China Akan Jadi Destinasi Eksport Durian Terbesar Filipina
- Syarikat Singapura Optimis akan Pemulihan Pasaran China
- Konglomerat Cip Yakin Potensi Perkembangan Pasaran China
- CIIE: Rwanda Rancak Promosi Biji Kopi
- China Jadi Pilihan Utama Syarikat Eropah