99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Wang Yi Temui Setiausaha Agung ASEAN

(CRI)Rabu 18 Oktober 2023

China bersedia bekerjasama dengan ASEAN ke arah membina komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat.

Demikian kata Menteri Luar China Wang Yi apabila bertemu dengan Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn di Beijing pada Isnin.

Wang berkata China sudi bersama ASEAN memperkukuh kesalingpercayaan politik dan teguh menyokong satu sama lain sehingga menjadi contoh dalam menterjemahkan konsep diplomasi yang mesra, ikhlas, saling untung dan inklusif sesama tetangga.

Sehubungan itu, Kao Kim Hourn menyatakan China merupakan rakan kongsi strategik komprehensif yang paling penting bagi negara ASEAN.

Ikatan persahabatan China-ASEAN terjalin sejak sekian lama, menyaksikan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Menurutnya, Sekretariat ASEAN komited memperkasa kolaborasi antara ASEAN dengan China dan akan berusaha sedaya upaya untuk menjayakan Tahun Pertukaran Sosiobudaya ASEAN-China.

Beliau turut mengucapkan tahniah atas penganjuran Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga yang dijadual berlangsung di Beijing pada 17 hingga 18 Oktober.

Video

Berita Berkaitan