99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pesawat ARJ21, C919 China Debut di Malaysia (2)

Pesawat ARJ21, C919 China Debut di Malaysia
Foto yang diambil pada 13 Mac 2024 ini menunjukkan pesawat komersial ARJ21 (kanan) dan C919 buatan Commercial Aircraft Corporation of China, Ltd. (COMAC) yang dipamerkan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor. (Foto oleh Chong Voon Chung/Xinhua)

Pameran dan penerbangan demonstrasi pesawat komersial buatan China model ARJ21 dan C919 berlangsung Rabu lalu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor.

Ini merupakan persinggahan terakhir dua model pesawat tersebut dalam lawatan penerbangan demonstrasi di lima negara Asia Tenggara selepas Vietnam, Laos, Kemboja dan Indonesia. Turut hadir ke pameran itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong, serta wakil badan-badan promosi pelaburan dan sektor penerbangan Malaysia.

Sepanjang sesi penerbangan demonstrasi dan pameran, pengeluar dua model pesawat itu, Commercial Aircraft Corporation of China, Ltd. (COMAC) telah menjalankan siri aktiviti promosi produk untuk pelanggan yang berpotensi.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mengesahkan kebolehsesuaian pesawat dengan lapangan terbang dan laluan penerbangan di lima negara terbabit, menilai kebolehsesuaian kelengkapan di lapangan terbang, menentukan kebolehsesuaian prosedur penerbangan tertentu, dan mendemonstrasikan daya maju laluan penerbangan dari segi ekonomi, menurut COMAC. Tambah pihak COMAC lagi, penerbangan demonstrasi ini akan meletakkan asas bagi perkembangan pasaran Asia Tenggara pada masa depan.

Dimaklumkan, model ARJ21 boleh memuatkan 78 hingga 97 penumpang dengan jarak penerbangan 2,225 hingga 3,700 kilometer. Pesawat jet C919 pula direka dengan kapasiti 158 hingga 192 tempat duduk, dengan jarak penerbangan 4,075 hingga 5,555 kilometer.

Pada 28 Mei 2023, pesawat C919 melakukan penerbangan komersial sulung dengan jayanya. Sejak itu, lima unit C919 telah dibekalkan kepada pelanggan pertama, China Eastern Airlines, untuk beroperasi di laluan Shanghai-Beijing dan Shanghai-Chengdu. Maklum COMAC, C919 telah mengendalikan lebih 140,000 penumpang setakat ini.

Video

Berita Berkaitan