99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Melabur di Xinjiang | Ikan Meloncat atas Tianshan Sampai ke Dunia Luar

Ladang Salmon Tianyun Xinjiang. (People's Daily Online/Li Xinyang)

Ladang Salmon Tianyun Xinjiang. (People's Daily Online/Li Xinyang)

Sepanjang dekad lalu, puluhan ribu tan ikan salmon telah berhijrah dari pekan Kalasu yang terletak di kaunti Nileke, daerah autonomi Kazakh Ili, Xinjiang ke seluruh negara, malahan meredah lautan sampai ke tanah asing.

“Setakung air, seekor ikan.” Li Chunyu, pengurus besar Syarikat Pertanian Organik Tianyun Xinjiang menjelaskan bahawa untuk menjamin kualiti, syarikatnya dengan giat mengurangkan ketumpatan kawasan pembiakan.

Strategi mengurangkan kapasiti pembiakan mustahil terlaksana tanpa keyakinan.

Keyakinan Li Chunyu pula lahirnya daripada sumber air sejuk berkualiti tinggi yang ada di Xinjiang, yang dapat digambarkan dengan kata-kata seperti bersih, dingin dan kaya dengan oksigen.

“Sebabnya pengedar domestik dan asing mendapat sambutan baik ialah jenis salmon yang kami biak ini – trout pelangi triploid – memerlukan persekitaran yang terkawal baik untuk membesar dengan sihat.” Ujar Li Chunyu tanpa ragu-ragu, ikan yang dibiak dalam persekitaran seperti ini kualitinya terjamin.

Untuk memastikan kualiti, bukan sahaja keadaan sumber asli yang unik yang diperlukan. Inovasi juga sama mustahaknya.

Sangkar bersifat ekologi dan mesra alam. (People's Daily Online/Li Xinyang)

Sangkar bersifat ekologi dan mesra alam. (People's Daily Online/Li Xinyang)

Daripada membangunkan sistem penternakan bersangkar yang bersifat ekologi dan mesra alam, hinggalah mempelopori standard tempatan yang pertama di China untuk sangkar tersebut; daripada memperkenalkan robot pembersih pencemaran bawah air yang pertama di China, hinggalah merintis sistem akuakultur berkitaran separa tertutup...

“Kita ambil sebagai contoh, sistem akuakultur bersangkar yang sifatnya ekologi dan mesra alam ini telah menangani masalah yang dibawa sangkar tradisional sejak dulu, bahkan menggalakkan pelarasan dasar-dasar berkenaan di peringkat negara dan membuka jalan ke arah perkembangan industri secara lestari,” kata Li Chunyu.

Berkat pemerkasaan sains dan teknologi, syarikat itu pada tahun-tahun kebelakangan ini telah memperoleh satu demi satu pensijilan yang berkenaan, seperti Global Aquaculture Alliance BAP, standard keselamatan makanan BRC, serta pengiktirafan produk bebas antibiotik dan juga Sistem HACCP.

Pada 2023, Xinjiang dijangka menghasilkan 6,700 tan salmon berkualiti tinggi, iaitu sepertiga keluaran salmon pedalaman di China.

Perkembangan industri salmon turut memacu sektor pekerjaan, dengan membuka pintu rezeki untuk lebih 3,000 pekerja dalam industri huluan dan hiliran, sekali gus memberikan peluang kepada petani dan penggembala yang mahu bertukar kerjaya. Kemajuan industri salmon juga membantu menawarkan lebih banyak pilihan kerja kepada golongan pekerja tempatan.

Video

Berita Berkaitan