- Lain-lain
Li Qiang Menghadap Agong Malaysia
Perdana Menteri China, Li Qiang telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar petang semalam.
Li menyampaikan salam dari Presiden Xi Jinping kepada Yang di-Pertuan Agong dan menyatakan bahawa lawatannya di Malaysia kali ini adalah untuk melaksanakan kata sepakat dicapai pemimpin kedua-dua negara di samping mendorong hubungan China-Malaysia berkembang terus.
Menurut Li, China bersedia bersama-sama Malaysia untuk terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, mengekalkan pertukaran di peringkat tinggi, mengambil peluang yang wujud dalam perayaan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, memacu pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia, dan berdasarkan kelebihan milik masing-masing yang boleh saling melengkapi mendorong penaiktarafan kerjasama bilateral demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
"Kedua-dua pihak juga perlu terus meningkatkan interaksi dan pertukaran dalam bidang pendidikan dan belia di samping menjana impak sosial untuk menyuburkan persahabatan rakyat," kata Li.
Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim pula mengirimkan salam ikhlas kepada Presiden Xi, dan berkata, pihaknya mengambil berat terhadap perkembangan hubungan dengan China, bersedia bersama-sama China untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, sains teknologi dan pelancongan di samping mendorong hubungan bilateral berkembang ke tahap baharu. Sementara itu, syarikat China dialu-alukan berurus niaga dan melakukan pelaburan di Malaysia.
- Li Qiang, Anwar Adakan Perbincangan
- PM China Mulakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia
- China Puji Pendirian Positif PM Malaysia untuk Perkukuh Hubungan Dua Hala
- Tren Buatan China Siap, Sedia untuk Operasi di Malaysia
- China Mahu Eratkan Hubungan dengan Malaysia, Australia dan New Zealand
- Hubungan Malaysia-China Semakin Akrab dan Rancak - Presiden MCA
- Malaysia Terima Set Pertama ETS3
- TPM I Malaysia Puji Komitmen China Teroka Pembangunan Kawasan Luar Bandar
- TVET di China Perlu Dijadikan Contoh – TPM
- Jurulatih Sukan Terjun China Bertapak di Malaysia Lebih Dua Dekad