99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Kisah Laluan Sutera Presiden Xi: Era Baharu Bermula di Kazakhstan

Astana, ibu kota Kazakhstan, yang turut merupakan tempat lahir bagi Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), adalah mercu tanda bagi permulaan era baharu Laluan Sutera.

“Bagi merapatkan hubungan ekonomi, memperdalam kerjasama dan memperluas ruang pembangunan di rantau Eurasia, kita perlu mengambil pendekatan inovasi, dan bersama-sama membina ‘jalur ekonomi disepanjang Laluan Sutera’. Ini akan memberikan manfaat besar kepada penduduk negara terlibat,” ujar Presiden Xi Jinping dalam ucapannya bertajuk ‘Mempromosi Hubungan Mesra, dan Membina Masa Depan Bersama yang Lebih Baik’ di Astana, pada 7 September 2013.

Untuk rekod, detik itu merupakan kali pertama beliau mencadangkan Jalur Ekonomi Laluan Sutera.

Presiden China, Xi Jinping dan lima ketua negara dari Asia Tengah menanam enam pokok delima yang melambangkan kerjasama dan ukhwah solidariti China-Asia Tengah selepas Kemuncak China-Asia Tengah pertama di Xi’an, Provinsi Shaanxi, barat laut China, pada 19 Mei 2023. (Foto Xinhua)

Presiden China, Xi Jinping dan lima ketua negara dari Asia Tengah menanam enam pokok delima yang melambangkan kerjasama dan ukhwah solidariti China-Asia Tengah selepas Kemuncak China-Asia Tengah pertama di Xi’an, Provinsi Shaanxi, barat laut China, pada 19 Mei 2023. (Foto Xinhua)

"Ucapan Presiden Xi telah menjadi sebahagian daripada sejarah paling bermakna universiti kami," ujar Aisulu Tuktubayeva, salah seorang peserta pada acara tersebut.

Menurutnya, cadangan Xi untuk membina Jalur Ekonomi Laluan Sutera telah mencetuskan inspirasi kepada semua, seraya membuatkan mereka percaya bahawa telah tibanya peluang baharu bagi pembangunan Kazakhstan ketika itu.

Ketika mengulas tentang penambahbaikan komunikasi mengenai dasar, ketersambungan jalan, kitaran kewangan dan ikatan antara rakyat, Presiden China itu menyatakan bahawa ia boleh dimulakan secara individu, sebelum digabungkan untuk meliputi seluruh wilayah secara berperingkat-peringkat.

Laluan Sutera purba bukan sahaja merupakan laluan perdagangan, malah juga laluan persahabatan. Pertukaran persahabatan antara negara China dan negara-negara lain di sepanjang laluan telah mewujudkan semangat Laluan Sutera, yang disulami dengan kerjasama dan keamanan, keterangkuman dan keterbukaan, serta saling mempelajari dan saling mendapat manfaat.

Hari ini, BRI telah berakar umbi di Kazakhstan dan menyaksikan hasil yang sangat baik.

Di kawasan latihan bengkel Luban di Universiti Teknikal Kazakhstan Timur (EKTU), para pelajar tekun mengikuti arahan pensyarah, mempelajari tentang operasi dan prinsip berkait peralatan penyelenggaraan kenderaan, serta mempraktikkan latihan amali.

Bengkel Luban tersebut telah dibina secara bersama oleh Institut Vokasional Tianjin dan EKTU bagi memenuhi keperluan Kazakhstan terhadap ahli teknikal profesional. Fasa pertama projek itu meliputi peralatan kenderaan dan program teknologi, dengan empat kawasan latihan serta lima kursus standard.

Pepatah Kazakhstan turut ada menyebut bahawa, ‘di mana ada solidariti, di situ ada kebahagiaan.’

Pada tahun-tahun mutakhir ini, kedua-dua negara telah akur terhadap prinsip perundingan meluas, berkongsi sumbangan dan faedah, berjaya melaksanakan beberapa projek utama BRI yang sekali gus memberi manfaat secara meluas kepada rakyat kedua-dua negara.

Kedua-dua negara telah berjaya membina rangkaian penyambungan yang komprehensif dan pelbagai rupa. Pangkalan kerjasama logistik China-Kazakhstan (Lianyungang) menyediakan Kazakhstan sebuah saluran keluar ke Lautan Pasifik. Ekspres Kereta Api China-Eropah, yang melalui Kazakhstan, sentiasa beroperasi dan mempelbagaikan laluannya.

Sejak operasinya bermula pada Februari tahun ini, Logistik Perdagangan China-Kazakhstan (Xi'an), sebuah terminal kargo di stesen pelabuhan antarabangsa Xi'an telah mengendalikan puluhan ribu tan barangan, iaitu salah satu pencapaian penting Sidang Kemuncak China-Asia Tengah pertama. Pada masa ini, China dan Kazakhstan sedang memupuk titik pertumbuhan baharu dalam pembuatan automotif

Pada masa ini, China dan Kazakhstan sedang memupuk titik pertumbuhan baharu dalam pembuatan automotif dan sektor tenaga baharu, secara tidak langsung menggalakkan kerjasama praktikal ke arah standard yang tinggi, kemampanan dan memberi manfaat kepada kehidupan rakyat.

2024 ialah 'Tahun Pelancongan Kazakhstan" di China, dan kedua-dua negara akan menganjurkan siri acara menarik, termasuk pameran "Perkampungan Etnik", ekspo kraf dan festival makanan.

China dan Kazakhstan juga telah mencapai kerjasama yang membuahkan hasil dalam pendidikan, sains dan teknologi, penjagaan kesihatan, budaya, pelancongan dan arkeologi.

Dasar pengecualian visa bersama antara kedua-dua negara telah berkuat kuasa, dan perjanjian untuk menubuhkan pusat kebudayaan telah ditandatangani. Pasukan arkeologi dari kedua-dua negara dibentuk untuk menggali dan mengkaji tapak Rahat. Lima Institut Confucius yang ditubuhkan oleh China di Kazakhstan beroperasi dengan lancar, dan Pusat Perubatan Tradisional China-Kazakhstan telah merawat hampir 8,000 pesakit. Selain itu, filem yang diterbitkan bersama dan terjemahan buku bersama memperdalam pertukaran budaya antara kedua-dua negara serta memperkukuh asas pendapat umum yang mesra.

Menara Baiterek, yang turut dikenali sebagai "Pokok Kehidupan," terletak di persiaran tengah Astana, Kazakhstan. (Foto: People’s Daily/Cao Shulin)

Menara Baiterek, yang turut dikenali sebagai "Pokok Kehidupan," terletak di persiaran tengah Astana, Kazakhstan. (Foto: People’s Daily/Cao Shulin)

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-dua ketua negara telah bersama-sama mewujudkan matlamat membina komuniti China-Kazakhstan dengan berkongsi masa depan; menetapkan penanda aras baharu untuk pembangunan hubungan dua hala; serta mewujudkan momentum dan membuka prospek baharu.

Presiden Kazakhstan, Tokayev menyatakan bahawa negaranya merupakan rakan kongsi baik yang sentiasa boleh dipercayai oleh China.

“Kazakhstan secara aktif menyokong Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Tamadun Global yang dikemukakan oleh Presiden Xi.

“Kazakhstan juga bersedia untuk mengekalkan pertukaran peringkat tinggi dengan China, meningkatkan penjajaran strategik BRI dengan pembinaan Koridor Tengah, menggalakkan pembangunan yang lebih besar dalam kerjasama ekonomi, perdagangan dan kebudayaan dua hala, serta terlibat dalam kerjasama yang lebih erat dan cekap dalam isu antarabangsa dengan China,” ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan