- Lain-lain
Pusat Inovasi Pertama Untuk Sistem Kuasa Baharu Mula Beroperasi di Hunan
Foto memperlihatkan pusat inovasi untuk sistem kuasa baharu di Provinsi Hunan, tengah China, iaitu yang pertama seumpamanya di China yang mempamerkan pencapaian dan peralatan teknologi sistem kuasa baharu secara komprehensif. (Foto awam) |
Sebuah pusat inovasi untuk sistem kuasa baharu telah dirasmikan pada 11 Julai di Provinsi Hunan, tengah China. Ia merupakan yang pertama seumpamanya di China yang mempamerkan pencapaian dan peralatan teknologi sistem kuasa baharu secara komprehensif.
Difahamkan, pusat yang mengambil masa selama 170 hari untuk siap itu itu dibina secara bersama oleh Syarikat Tenaga Elektrik Hunan Grid Negara dengan lebih 60 perusahaan dan universiti.
Dengan meliputi kesemua aspek sistem kuasa termasuk penjanaan kuasa, penghantaran, transformasi, pengedaran, penyimpanan dan penggunaan, pusat tersebut jelas memperlihatkan inovasi teknologi terkini, transformasi model dan pembangunan hijau sistem kuasa baharu.
Di bahagian pameran pusat itu pula terdapat reruai yang terdiri daripada 60 syarikat setakat ini, termasuk Syarikat Bahan Bateri Shanshan BASF, Syarikat Sains dan Teknologi Pencegahan Bencana Beijing, Syarikat Institut Zhuzhou CRRC, Syarikat TBEA dan Kumpulan SANY.
“Pusat inovasi bertindak sebagai jambatan, menghubungkan universiti, institut penyelidikan dan perusahaan. Kerjasama ini membolehkan semua pihak memanfaatkan kekuatan masing-masing sepenuhnya di bawah kepimpinan Syarikat Tenaga Elektrik Hunan Grid Negara,” ujar Mei Wenqing, timbalan pengurus besar Syarikat Institut Zhuzhou CRRC.
Untuk rekod, pusat inovasi tersebut mempunyai lima fungsi termasuk mempamerkan pembinaan dan pengoperasian sistem kuasa baharu Hunan; pusat arahan kecemasan untuk sistem; menggalakkan kerjasama dalam industri dengan menyediakan platform untuk perbincangan dan rundingan; menganjurkan persidangan akademik untuk sistem kuasa baharu Hunan; dan berfungsi sebagai pangkalan pendidikan yang berkongsi pengetahuan tentang sistem kuasa baharu dengan pihak sekolah dan kumpulan sosial.
Foto memperlihatkan pusat inovasi untuk sistem kuasa baharu di Provinsi Hunan, tengah China, iaitu yang pertama seumpamanya di China yang mempamerkan pencapaian dan peralatan teknologi sistem kuasa baharu secara komprehensif. (Foto awam) |
- Keupayaan Inovasi Syarikat China Kemuncak Pelaburan: Temasek
- Daripada AI ke Tenaga Baharu, Kepesatan Pembangunan Industri China Satu Rahmat Buat Dunia
- Xi Beri Penekanan Pentingnya Pemodenan Teknologi, Inovasi
- Galak Guna Produk Buluh, Tangani Pencemaran Plastik: Wakil NPC
- Kuasa Produktif Kualiti Baharu, Kunci Transformasi Syarikat
- China Terus Perkasa Inovasi dalam Pembangunan
- Perkasa Pembangunan Berkualiti Tenaga Baharu: Xi
- Pembangunan China Dipacu Inovasi Mustahil Dihalang
- CHTF 2023 Buka Tirai, Skop Pecah Rekod
- Surat Tahniah Xi untuk Forum Inovasi Pujiang 2023