99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, IOC Sedia Tingkatkan Kolaborasi, Majukan Gerakan Olimpik

(CRI)Isnin 29 Julai 2024

China menyokong teguh pembangunan gerakan Olimpik antarabangsa di samping mengekalkan hubungan baik dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam jangka masa panjang.

Sebagai tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia tahun depan, China bersedia bekerjasama rapat dengan IOC untuk meningkatkan kerjasama bertaraf tinggi antara kedua-dua pihak.

Demikian dikatakan Naib Presiden China Han Zheng ketika bertemu dengan Presiden IOC Thomas Bach di sini pada Sabtu.

"Visi gerakan Olimpik adalah untuk memelihara keamanan dunia serta menggalakkan solidariti dan kemajuan umat manusia.

"Di bawah situasi antarabangsa hari ini, adalah lebih penting bagi kita untuk menyemarakkan semangat Olimpik, dan Sukan Olimpik Paris ini mempunyai makna yang istimewa," kata Han.

Bach berkata bahawa kepercayaan asas gerakan Olimpik antarabangsa adalah multilateralisme.

Beliau kata, China sentiasa menyokong gerakan Olimpik antarabangsa, dan berjaya menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

"China telah memberikan teladan baik kepada negara-negara di dunia untuk menjayakan Sukan Olimpik.

"IOC bersedia untuk terus bekerjasama rapat dengan China untuk menganjurkan pelbagai pertandingan dan menyebarkan semangat Olimpik," Kata Bach.

Video

Berita Berkaitan