99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Malaysia Sedia Tingkatkan Kerjasama Keselamatan

(CRI)Selasa 10 September 2024

Ahli Dewan Negara China, yang juga Menteri Keselamatan Awam Wang Xiaohong berkata China bersedia memperkasakan kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang dengan Malaysia, agar mempromosikan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia ke tahap baharu.

Wang Xiaohong berkata demikian ketika mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Lianyungang, pada Isnin.

Wang berkata, China bersedia mengambil peluang ulang tahun ke-50 ikatan diplomatik China-Malaysia, mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan komunikasi strategik dengan Malaysia agar memajukan hubungan dua hala ke hadapan.

Ahmad Zahid Hamidi dan Saifuddin Nasution Ismail masing-masing menzahirkan kesediaan untuk meningkatkan kolaborasi dengan China dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.

Untuk rekod, Ahmad Zahid Hamidi dan Saifuddin Nasution Ismail berada di China untuk menghadiri Persidangan Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global 2024 yang dirasmikan pada Isnin.

Wang Xiaohong ketika berucap merasmikan persidangan tersebut berkata China akan mengambil langkah pragmatik, menyumbangkan kebijaksanaan dan tenaga China kepada tadbir urus global.

Bertemakan "Kerjasama Saling Untung dalam Perubahan: Bina Komuniti Keselamatan Awam Global", persidangan edisi ini turut dihadiri lebih 2,100 pemimpin, wakil jabatan penguatkuasaan, pakar dan sarjana dari 122 negara, wilayah dan pertubuhan antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan