- Lain-lain
Kajian: Terdapat Ciri-ciri Unik Pada Sampel Bulan Chang’e-6
Penyelidik sedang bersedia untuk menimbang sampel bulan Chang’e-6 semasa upacara pembukaan pemulangan di Akademi Teknologi Angkasa Lepas China di bawah Perbadanan Teknologi dan Sains Angkasa Lepas China di Beijing, ibu negara China pada 26 Jun 2024. (Xinhua/Jin Liwang)
Sekumpulan saintis China pada Selasa menerbitkan kertas penyelidikan pertama mengenai sampel bulan yang dibawa pulang oleh misi Chang’e-6 dan menyatakan terdapat ciri-ciri unik berbanding sampel terdahulu, lapor agensi berita Xinhua.
Difahamkan, penyelidikan itu dilaksanakan secara bersama oleh anggota dari Balai Cerap Astronomi Kebangsaan Akademi Sains China, Pusat Kejuruteraan Angkasa dan Eksplorasi Bulan, dan Institut Kejuruteraan Sistem Kapal Angkasa Beijing.
Menurut laporan, pasukan tersebut mendapati bahawa sampel tanah Chang’e-6 mempunyai ketumpatan yang lebih rendah berbanding yang sebelumnya, sekali gus menandakan komposisi struktur yang regang dan lebih berliang.
Selain itu, kandungan plagioklas dari sampel Chang’e-6 juga adalah sangat tinggi berbanding sampel yang didapati oleh Chang’e-5, sementera kandungan olivine pula jauh lebih rendah.
Kajian tersebut turut mendedahkan bahawa sampel serpihan litik Chang’e-6 secara amnya terdiri daripada basalt, breccia, aglutinat, kaca dan leucocrate.
Analisis geokimia sampel bulan Chang'e-6 telah menunjukkan bahawa kepekatan unsur surih seperti torium, uranium dan kalium adalah sangat berbeza daripada sampel misi Apollo dan misi Chang'e-5.
Untuk rekod, prob penyelidikan Chang'e-6 telah dilancarkan dari China pada 3 Mei 2024. Pada 25 Jun, pemulangannya melakukan pendaratan di utara China, membawa balik 1,935.3 gram sampel dari bahagian jauh bulan.
- Teleskop untuk Misi Fasa Empat Penerokaan Bulan akan Siap
- Prob Chang'e-6 Sempurnakan Pensampelan Bulan
- Prob Chang'e-6 Akan Ambil Sampel di Belakang Bulan
- Prob Penyelidikan Chang'e-6 Berjaya Masuki Orbit Keliling Qamari
- Atlas Geologi Bulan HD Pertama Dikeluarkan
- China, Thailand Bakal Bekerjasama dalam Misi Teroka Bulan
- China Sasar Sempurnakan Misi Pendaratan Manusia di Bulan Menjelang 2030
- China Pastikan Matlamat Mendarat Bulan Tercapai Menjelang 2030
- Chang'e-6 akan Ambil Sampel di Sebelah Jauh Bulan
- Roket Long March-10 Capai Kemajuan Baharu Bagi Misi Pendaratan Bulan Bermanusia