- Lain-lain
Saintis China dan Asing Bakal Mulakan Ekspedisi Baharu di Gua Terpanjang Asia
Seorang ahli dari institut sumber gunung provinsi Guizhou sedang memerhatikan pembentukan batu di dalam salah satu bahagian Gua Shuanghe, Kaunti Suiyang, Provinsi Guizhou, 23 September 2023. (Zhao Fei/Xinhua)
Saintis dari China, Perancis, Portugal, Belgium dan beberapa lagi negara lain pada Jumaat lalu berkumpul di Gua Shuanghe, iaitu gua terpanjang di Asia yang terletak di Provinsi Guizhou, bagi majlis pelancaran ekspedisi saintifik antarabangsa secara bersama terhadap gua itu kali ke-23.
Menurut laporan agensi berita Xinhua, ekspedisi itu dijadualkan berlangsung dari 7 hingga 24 Oktober, manakala hasilnya pula boleh didapati umum pada 24 Oktober.
Difahamkan, ekspedisi saintifik yang terdahulu berjaya menemukan 44 fosil panda gergasi, dengan spesimen paling tua berusia lebih 100,000 tahun, sementara yang paling terbaharu pula berusia beberapa tahun lalu.
Lapor Xinhua, penemuan fosil tersebut membuktikan bahawa Guizhou pernah menjadi habitat bagi panda gergasi yang hari ini terus hidup di Provinsi Sichuan, Shaanxi dan Gansu.
Timbalan setiausaha agung Persatuan Gua Guizhou, Zhou Wenlong berkata bahawa ekspedisi kali ini akan mengkaji sumber-sumber, pembentukan dan evolusi gua dengan lebih mendalam.
Memetik hasil laporan ekspedisi bersama tahun 2023, rangkaian gua itu mempunyai 107 bukaan bersambung dan mempunyai panjang 409.9 kilometer, menjadikannya gua terpanjang yang diketahui di Asia dan yang ketiga terpanjang di dunia, serta turut merupakan gua dolomit terpanjang di dunia.
Saintis gua dari Perancis, Jean Bottazzi yang mempunyai pengalaman eksplorasi gua selama lebih tiga dekad di China akan menjadi pemangku ketua untuk penyelidikan kali ini.
Beliau berkata sejak penghujung 1980-an, penemuan pakar China dan asing di dalam gua menyaksikan beberapa kemas kini dilakukan terhadap saiz panjang gua, selain turut menggali
banyak fosil gua dan organisma hidup, secara tidak langsung menyediakan bahan penyelidikan saintifik yang bernilai tinggi.
Untuk ekspedisi saintifik tahun ini, Kaunti Suiyang akan mengadakan aktiviti seperti pertandingan fotografi sains geologi dan pertandingan video pendek untuk mempromosikan taman geologi gua.
- Ekspedisi China Jumpa Pelbagai Haiwan di Antartik
- Pasukan Ekspedisi Antartika ke-40 China Berlepas untuk Penyelidikan Saintifik
- Pembinaan Stesen Ekspedisi Saintifik China di Antartika Berjalan Lancar
- China akan Bina Stesen Penyelidikan Saintifik Baharu di Antartika
- Pasukan Ekspedisi Artik Ke-13 China Tiba di Kutub Utara
- Operasi Perairan Pertama Ekspedisi Arctic Ke-13 China Berakhir
- Kapal Ekspedisi Saintifik Xuelong-2 Berlepas ke Artik
- Ekspedisi Saintifik "Misi Puncak" 2023 Masuk Fasa Kritikal