99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Laluan Baharu HSR di Delta Sungai Yangtze Masuki Fasa Percubaan

(CRI)Rabu 27 November 2024
Laluan Baharu HSR di Delta Sungai Yangtze Masuki Fasa Percubaan
Foto bertarikh 23 November 2024 ini memaparkan HSR Shanghai-Suzhou-Huzhou. (People’s Daily Online/Yuan Xinyu)

Landasan kereta api laju (HSR) Shanghai-Suzhou-Huzhou yang merentasi Tasik Yuandang di daerah Wujiang, Suzhou, Provinsi Jiangsu, tenggara China, telah memasuki fasa operasi percubaan pada 23 November.

Ia sekali gus menandakan satu lagi kejayaan, dengan pembukaan rasminya pula dijangka pada penghujung bulan depan.

HSR Shanghai-Suzhou-Huzhou tersebut merupakan projek infrastruktur utama yang menghubungkan bandar Shanghai, Suzhou di Jiangsu dan Huzhou di Zhejiang, dengan sasaran untuk menambah baik jaringan HSR di kawasan Delta Sungai Yangtze.

Sebaik beroperasi secara rasmi, HSR itu akan mengoptimumkan susun atur hab rel di Shanghai, memperbaik jaringan rel rantau itu, meningkatkan pengguna di koridor Shanghai-Nanjing dan Shanghai-Hangzhou, serta menawarkan kemudahan pergerakan lebih baik buat penduduk di sepanjang laluan tersebut.

Difahamkan, projek itu juga akan berperanan penting dalam membina ‘ketersabungan rel Delta Sungai Yangtze’, dengan melonjakkan pembangunan sosial dan ekonomi di kawasan sekitar, serta mempromosi integrasi serantau berkualiti tinggi.

Video

Berita Berkaitan