99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Dinamika Qianhai Disuntik Oleh Tenaga Muda

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 06 Disember 2024

Oleh: Ahmad Syukri Azmi

SHENZHEN, 6 Dis — Zon Kerjasama Perdagangan Bebas Qianhai, Shenzhen, kini menjadi pusat inovasi moden dan kerjasama antarabangsa, yang berkembang pesat hasil sumbangan tenaga muda dari dalam dan luar negara.

Dirancang secara strategik oleh Presiden Xi Jinping, zon tersebut menjadi pemangkin kepada transformasi ekonomi dan pembangunan mampan di Kawasan Teluk Besar (GBA) Guandong-Hong Kong-Macao.

Dalam satu lawatan media baru-baru ini yang dianjurkan oleh “Belt and Road News Network,” peserta dibawa menyaksikan pelbagai pencapaian inovatif di Qianhai. Antaranya adalah platform “Qianhai·e-Station,” yang menawarkan perkhidmatan sehenti kepada syarikat yang ingin berkembang ke peringkat antarabangsa. Platform ini memudahkan akses kepada sumber pasaran global, menyokong perniagaan kecil dan sederhana, serta menghubungkan mereka dengan rakan kongsi strategik.

Menurut statistik terkini, Qianhai mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 15 peratus pada tahun 2023, dengan jumlah pelaburan aset tetap meningkat 15.4 peratus. Zon ini juga berjaya menarik lebih 14 syarikat gergasi baru muncul, serta lebih 100 syarikat kecil dan sederhana yang diiktiraf di peringkat kebangsaan sebagai peneraju dalam inovasi dan pembangunan teknologi.

Inovasi Dipacu oleh Generasi Muda

Penulis dan Ruslan Abdualiyev (kiri), wartawan dari Khabar24, agensi berita Kazakhstan mencuba gajet baharu di ibu pejabat Insta360 di Daerah Qianhai, Shenzhen, Provinsi Guandong pada 3 Disember 2024. (People’s Daily Online/Ahmad Syukri Azmi)

Penulis dan Ruslan Abdualiyev (kiri), wartawan dari Khabar24, agensi berita Kazakhstan mencuba gajet baharu di ibu pejabat Insta360 di Daerah Qianhai, Shenzhen, Provinsi Guandong pada 3 Disember 2024. (People’s Daily Online/Ahmad Syukri Azmi)

Tenaga muda memainkan peranan penting dalam kejayaan Qianhai. Misalnya, dalam lawatan ke syarikat teknologi Insta360, umur purata pekerja adalah 28.5 tahun. Secara tidak langsung, ia memperlihatkan bahawa Qianhai menjadi pusat kepada golongan profesional yang membawa idea baharu dalam teknologi pintar, robotik, dan e-dagang merentas sempadan. Insta360, contohnya, adalah syarikat tempatan yang kini menjadi peneraju global dalam kamera 360°, dengan lebih 67 peratus penguasaan pasaran dunia.

Selain itu, sokongan terhadap usahawan muda dari Hong Kong dan wilayah lain juga diperkasakan melalui insentif seperti ruang inkubasi berharga rendah, geran pembiayaan, dan insentif cukai. Peluang ini membuka jalan kepada integrasi ekonomi yang lebih mendalam antara Shenzhen dan Hong Kong.

Menarik Perhatian Dunia

Lawatan ke Pusat Kesihatan Komuniti Antarabangsa Qianhai juga menonjolkan komitmen zon ini terhadap kesejahteraan masyarakat. Pusat ini, yang menggabungkan pendekatan kesihatan tradisional dan moden, menawarkan perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa, termasuk kepada penduduk asing dan pelancong.

Qianhai turut dikenali dengan usaha memperkasakan identiti jenama melalui syarikat seperti B.Duck, yang berjaya menjadi simbol budaya popular dan mencipta pengaruh global dengan lebih 19 juta peminat di media sosial.

Delegasi mengambil foto kenang-kenangan di ibu pejabat B.Duck yang terletak di Daerah Qianhai, Shenzhen, Provinsi Guandong pada 3 Disember 2024. (People’s Daily Online)

Delegasi mengambil foto kenang-kenangan di ibu pejabat B.Duck yang terletak di Daerah Qianhai, Shenzhen, Provinsi Guandong pada 3 Disember 2024. (People’s Daily Online)

Mencorak Masa Depan yang Sihat, Hijau dan Digital

Koresponden Associated Press of Pakistan di China, Muhammad Ashgar diberi penerangan untuk penggunaan alatan sukan oleh jurulatih Good Family Group, penyedia perkhidmatan kesihatan terkemuka di China pada 4 Disember 2024 di Daerah Qianhai, Shenzhen, Provinsi Guandong. (People’s Daily Online/Ahmad Syukri Azmi)

Koresponden Associated Press of Pakistan di China, Muhammad Ashgar diberi penerangan untuk penggunaan alatan sukan oleh jurulatih Good Family Group, penyedia perkhidmatan kesihatan terkemuka di China pada 4 Disember 2024 di Daerah Qianhai, Shenzhen, Provinsi Guandong. (People’s Daily Online/Ahmad Syukri Azmi)

Elemen kesihatan yang sangat sinonim dengan negara Tembok Besar, turut sama diterapkan di daerah pesat membangun ini. Kehadiran Good Family Group yang berusia 30 tahun mencerminkan keazaman Qianhai sebagai daerah yang sihat dan dipacu oleh aspek digital.

Delegasi media diberi penerangan tentang latar belakang Good Family Group, penyedia perkhidmatan kesihatan terkemuka di China pada 4 Disember 2024 di tempat latihan bahagian terbuka di Daerah Qianhai, Shenzhen, Provinsi Guandong. (People’s Daily Online)

Delegasi media diberi penerangan tentang latar belakang Good Family Group, penyedia perkhidmatan kesihatan terkemuka di China pada 4 Disember 2024 di tempat latihan bahagian terbuka di Daerah Qianhai, Shenzhen, Provinsi Guandong. (People’s Daily Online)

Syarikat tersebut membangunkan gim pintar terbuka yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan Internet Kebendaan (IoT). Di Shenzhen, lebih 190 gim ini dibangunkan secara percuma untuk orang awam, yang menarik lebih 6.6 juta pengguna dan mencatat lebih 60 juta kali penggunaan setakat ini. Selain itu, syarikat ini turut menyumbang kepada kejayaan atlet kebangsaan di kejohanan besar seperti Olimpik, sekali gus membawa teknologi kesihatan inovatifnya ke peringkat antarabangsa.

Menyentuh tentang masa depan hijau, Qianhai kini menumpukan kepada pembangunan mampan dan kemudahan moden. Rancangan untuk membina sistem laluan pantai sepanjang 64 kilometer dan kawasan hijau seperti Taman Batu Qianhai melambangkan usaha zon ini untuk menggabungkan ekosistem semula jadi dengan pembangunan bandar.

Untuk meneruskan agenda hijau, Overseas China Town (OCT) Group telah menggabungkan elemen budaya dan ekologi melalui projek seperti Shenzhen Taman Paya OCT dan Splendid China, iaitu taman tema pertama yang menggabungkan budaya sejarah dan kepelbagaian etnik, telah menarik lebih 80 juta pelawat sejak penubuhannya.

Di samping itu, Taman Paya OCT pula mempamerkan kepentingan pemuliharaan alam dengan kawasan paya bakau seluas 40,000 meter persegi yang menjadi habitat penting untuk burung hijrah dan biodiversiti.

Melangkah ke hadapan, Qianhai bercadang untuk terus menjadi pusat kepada inovasi, integrasi, dan kolaborasi antarabangsa. Dengan sokongan tenaga muda, ia bersedia untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam mencorakkan ekonomi global dan menyokong agenda pembangunan GBA sebagai hab utama dunia.

Video

Berita Berkaitan