99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Artis China Pelihara Kraf Naga Straw Purba, Hasilkan Karya Agung Berukuran 28 Meter

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 17 Disember 2024
Artis China Pelihara Kraf Naga Straw Purba, Hasilkan Karya Agung Berukuran 28 Meter
Foto Yu Fangze, seorang pewaris warisan budaya tidak ketara kebangsaan anyaman naga straw dan anak perempuannya di kaunti Hukou, bandar Jiujiang, Provinsi Jiangxi, timur China. (People’s Daily Online/Kong Wenjin)

Yu Fangze, seorang pewaris warisan budaya tidak ketara kebangsaan anyaman naga straw, aktif memelihara tradisi purba itu di kaunti Hukou, bandar Jiujiang, Provinsi Jiangxi, timur China.

Difahamkan, karya terbaharunya mempunyai ukuran 27.8 meter panjang, dan memerlukan penggunaan 90,000 straw.

Kraf tersebut sudah bersejarah sejak zaman dinasti Sui dan Tang (581-907), yang secara tradisinya dihasilkan oleh petani tempatan bagi meraikan tuaian selain sebagai tanda harapan untuk cuaca yang baik.

Yu yang telah berkecimpung dalam dunia anyaman naga straw selama 72 tahun itu telah mula menunjukkan minat sejak kecil apabila dia mempelajari kemahiran secara terus daripada tukang yang mahir, sebelum dirinya sendiri menjadi seorang artis.

Menurutnya, untuk menghasilkan satu karya yang sempurna, ia sekurang-kurangnya memerlukan 12 langkah termasuk memilih straw beras pulut, buluh dan kayu.

Jelas Yu, bahagian yang paling mencabar adalah untuk membuat rangka naga berikutan ia mempunyai sudut dan syarat saiz yang ketat.

Warga emas itu turut menambah baik proses membuat sisik naga dengan menggunakan tangkai gandum berbanding straw beras untuk menjadikan penampilannya lebih bersinar-sinar.

Setiap naga straw tersebut mempunyai 1,400 sisik, dengan setiap satunya dilakukan secara terperinci daripada sembilan tangkai gandum yang sama ukuran.

Pada masa sama, hasil seni anak perempuan Yu turut dipamerkan di muzium tempatan selain turut ditampilkan pada keraian-keraian utama di Provinsi Jiangxi. Yu dan anaknya itu kini telah dikenali sebagai pewaris kraf tersebut, serta lebih daripada 30 perantis mereka telah mempelajari kemahiran asas untuk menganyam naga straw.

Foto Yu Fangze, seorang pewaris warisan budaya tidak ketara kebangsaan anyaman naga straw di kaunti Hukou, bandar Jiujiang, Provinsi Jiangxi, timur China. (People’s Daily Online/Kong Wenjin)
Foto memperlihatkan karya naga straw sepanjang 27.8 meter oleh Yu Fangze di kaunti Hukou, bandar Jiujiang, Provinsi Jiangxi, timur China. (People’s Daily Online/Kong Wenjin)
Yu Fangze, pewaris warisan budaya tidak ketara kebangsaan anyaman naga straw menunjukkan anyaman bahagian kepala naga di kaunti Hukou, bandar Jiujiang, Provinsi Jiangxi, timur China. (People’s Daily Online/Kong Wenjin)
Yu Fangze, pewaris warisan budaya tidak ketara kebangsaan anyaman naga straw memaparkan sebahagian daripada anyaman di kaunti Hukou, bandar Jiujiang, Provinsi Jiangxi, timur China. (People’s Daily Online/Kong Wenjin)
Yu Fangze, pewaris warisan budaya tidak ketara kebangsaan anyaman naga straw memperlihatkan sebahagian daripada anyaman di kaunti Hukou, bandar Jiujiang, Provinsi Jiangxi, timur China. (People’s Daily Online/Kong Wenjin)
Foto menunjukkan tangkai gandum Yu Fangze yang digunakan untuk menganyam sisik naga di kaunti Hukou, bandar Jiujiang, Provinsi Jiangxi, timur China. (People’s Daily Online/Kong Wenjin)
Foto memaparkan sebahagian daripada anyaman naga straw. (People’s Daily Online/Kong Wenjin)
Foto memaparkan naga straw yang dianyam oleh Yu Fangze, pewaris warisan budaya tidak ketara kebangsaan anyaman naga straw di kaunti Hukou, bandar Jiujiang, Provinsi Jiangxi, timur China. (People’s Daily Online/Kong Wenjin)

Video

Berita Berkaitan