- Lain-lain
Kapal Pintar Kelas 100,000 Tan untuk Aquakultur Marin Beroperasi Pantas (7)
"Guoxin 1", kapal pintar yang sepanjang 249.9 meter yang bersesaran 130,000 tan, dilengkapi 15 buah kabin yang boleh menampung air 90,000 meter padu untuk kegunaan akuakultur, iaitu sama dengan 36 buah kolam renang yang standard. Sebagai kapal akuakultur tertutup yang beroperasi di laut dalam yang pertama di seluruh dunia, "Guoxin 1" mampu menghasilkan ikan sebanyak 3,700 tan setahun.
Hampir kesemua proses perikanan, dari memasukkan anak ikan ke dalam kabin, hinggalah pembiakan, penangkapan dan pemprosesan, dapat diselesaikan dalam kapal itu.
Dimaklumkan, pengaliran masuk dan keluar air dikekalkan untuk 24 jam setiap hari dalam kabin pembiakan "Guoxin 1" bagi memastikan semua ikan peliharaan dapat hidup dalam persekitaran air laut yang berkualiti tinggi.
Sebagai kapal pintar kelas 100,000 tan untuk kegunaan akuakultur marin yang pertama di dunia, "Guoxin 1" telah beroperasi selama hampir setahun, dan terbukti menyerlah pada beberapa aspek seperti boleh meningkatkan kecekapan dalam pembiakan melalui memilih persekitaran air laut yang paling bersesuaian dengan pertumbuhan ikan di perairan tertentu, memantau suhu air dan perubahan persekitaran, dan berinisiatif mengelak daripada ditimpa bencana taufan.
Dilaporkan bahawa China merancang akan membuat 50 lagi kapal seumpama itu dalam tempoh 5 tahun kelak.
- Xi Harap Kru Kapal Selam Jadi Angkatan Elit
- Kapal Persiaran Gergasi Buatan China Pertama Hampir Siap
- Kapal Selam “Perjuangan” Pulang Bawa Hasil
- Kapal Pemecah Ais Universiti Sun Yat-Sen Jalan Ujian di Perairan Berais
- Dua Kenderaan Laut Mampu Selam China Capai Prestasi Baik pada 2022
- Kapal Mata Arah Besar Haixun 156 Beroperasi
- Kapal Peninjau Pintar Tanpa Kru yang Pertama di Dunia Beroperasi
- Kapal Elektrik untuk Pengangkutan Kontena Berkapasiti 120 TEU Beroperasi
- Tipu Muslihat Pakatan AUKUS Telan Kegagalan