99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Projek Taman Negara Galak Biodiversiti Gurun di Xinjiang

Kuda Przewalski dilihat di Rizab Semula Jadi Gunung Karamaile, wilayah autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China, 22 April 2021. (Xinhua/Hou Zhaokang)

Kuda Przewalski dilihat di Rizab Semula Jadi Gunung Karamaile, wilayah autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China, 22 April 2021.

(Xinhua/Hou Zhaokang)

Di bawah panahan mentari musim panas, segerombolan kuda Przewalski merayau-rayau di kawasan padang pasir berbukit Rizab Semula Jadi Gunung Karamaile yang terletak di wilayah autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China. Beberapa kilometer dari situ, Adebyet mengintai dengan teropong dari atas traknya.

“Semua sekali ada lapan belas ekor kuda: seekor jantan dewasa, lapan betina dewasa, enam yang belum dewasa, tiga anak,” kata renjer berusia 42 tahun itu kepada rakan sekerja, yang mencatat angka-angka tersebut.

“Jom kita beredar, kuda-kuda ini sihat. Kita tak patut pergi lebih dekat,” ujar Adebyet, lalu turun dari atas trak.

Rizab Semula Jadi Gunung Karamaile yang dalam laluan rondaan mereka itu merupakan habitat asli kuda Przewalski, spesies yang diberi perlindungan tertinggi peringkat negara. Kawasan tersebut juga menjadi tempat tinggal banyak haiwan liar terancam termasuk keldai liar Mongolia, gazel ekor hitam dan biri-biri gunung.

Bercirikan spesies flora gurun seperti Haloxylon ammodendron dan Calligonum mongolicum serta bentuk bumi Yardang yang meluas, rizab semula jadi ini satu contoh tipikal bagi ekosistem gurun beriklim sederhana di dunia.

Karamaile adalah salah satu daripada 49 kawasan yang dipertimbangkan untuk penubuhan taman negara, sepertimana yang dikenal pasti dalam pelan susun atur taman-taman negara China terbitan bersama empat biro kebangsaan pada 2022. Mengikut perancangan, taman yang akan dibangunkan di sana merangkumi Rizab Semula Jadi Gunung Karamaile, taman geologi fosil kayu dan dinosaur negara Qitai, serta taman gurun fosil kayu negara Qitai. Keluasan seluruh kawasan taman itu akan mencecah kira-kira 14,700 kilometer persegi.

Menurut biro tempatan yang mengelola hal ehwal perhutanan dan padang rumput, kerja-kerja praktik berkaitan pembinaan Taman Negara Karamaile telah pun siap dijalankan. Dengan selesainya penilaian pihak ketiga, yang ditunggu sekarang ialah kelulusan untuk kawasan itu digazetkan sebagai taman negara.

Perbezaan antara rizab semula jadi dan taman negara tidak ketara, namun tetap penting. Rizab Semula Jadi Gunung Karamaile memfokuskan “perlindungan tertutup”, sedangkan penubuhan sebuah taman negara di sana lebih menitikberatkan integrasi antara pemuliharaan ekologi, pembangunan hijau dan penambahbaikan kesejahteraan rakyat.

Usaha membaiki persekitaran semula jadi di rizab itu telah dijalankan bertahun-tahun lamanya, tetapi langkah-langkah lanjut untuk menaikkan statusnya kepada taman negara telah menyuntik tenaga baharu ke dalam usaha untuk melindungi biodiversiti. Rizab tersebut telah menjadi teladan yang cukup baik, menonjolkan konsep kewujudan bersama secara harmoni antara manusia dan alam yang menjadi amalan China.

Setakat penghujung 2022, terdapat 332 ekor kuda Przewalski di Karamaile, serta lebih 3,400 keldai liar Mongolia dan lebih 11,200 gazel ekor hitam. Seluruh liputan tumbuhan pula meningkat daripada 8.2 peratus tahun sebelumnya kepada 8.4 peratus, berdasarkan hasil pemantauan terkini Institut Ekologi dan Geografi Xinjiang di bawah Akademi Sains China.

“Sekarang musim membiak, dan anak-anak kuda mungkin ada yang menyusu atau lemah. Ketika meronda, kami cuba sedaya-upaya untuk tidak mengganggu,” kata Adebyet, sambil menambah bahawa habitat yang terus-menerus diperbaik telah mendorong pertambahan populasi kuda Przewalski. Haiwan ini juga dikatakan semakin berdikari. “Dulu, kawanan kuda liar ada kalanya akan mendekati kami pada musim sejuk untuk minta ‘bantuan’, tapi sekarang jarang-jarang lagi berlaku keadaan seperti itu.”

Pada suatu ketika dahulu, kuda Przewalski pernah pupus di kawasan Karamaile. Pada 1985, China mula membawa balik spesies ini dari seberang laut untuk dibiakkan. Pada 2011, kuda-kuda Przewalski dilepaskan ke Rizab Semula Jadi Gunung Karamaile untuk kali pertama.

Ayjan Erkin seorang penyelidik di rizab tersebut yang mendapat inspirasi daripada pelan penubuhan taman negara pertama di Xinjiang. Selama enam tahun dia menimba ilmu di Universiti Perhutanan Timur Laut di Harbin, provinsi Heilongjiang, memilih jurusan hidupan liar dan pengurusan rizab semula jadi sebagai bidang pengkhususan. Setelah tamat pengajian, dia kembali ke kampung halamannya di Xinjiang dan mula menyokong kerja-kerja rizab Karamaile.

“Tujuan membina hospital ialah untuk membolehkan orang cepat pulih daripada sakit, tetapi penubuhan rizab semula jadi dan taman negara memungkinkan kita hidup dalam persekitaran yang sentiasa sentosa,” kata Ayjan Erkin.

“Usaha sedang diperhebat untuk mempromosikan pendidikan sains dan membina platform maklumat bagi membantu orang ramai memahami peri pentingnya pemuliharaan hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan,” ujarnya lagi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan