99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

AS Digesa Tarik Balik Sekatan Sepihak ke atas Individu dan Syarikat China

(CRI)Selasa 12 Disember 2023

Amerika Syarikat (AS) digesa menghentikan tindakan mencemarkan nama China dan menarik balik sekatan sepihak haram ke atas individu dan syarikat China.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada sidang media di Beijing pada Isnin.

Pada 8 Disember lalu, Jabatan Negara AS mengeluarkan laporan tahunan mengenai hak asasi manusia Xinjiang, mengenakan sekatan terhadap dua pegawai China. Pada hari sama, Jabatan Keselamatan Tanah Air AS juga memasukkan tiga syarikat China ke dalam senarai entiti "Akta Pencegahan Buruh Paksa Uygur".

Mao Ning menegaskan bahawa AS sekali lagi mereka dan menyebarkan naratif palsu berkaitan Xinjiang, mengenakan sekatan haram ke atas induvidu dan syarikat China menggunakan asalan apa yang disebut hak asasi manusia di Xinjiang.

"Tindakan AS itu menjejaskan hak dan kepentingan syarikat dan individu berkaitan di China, mencampuri hal ehwal dalaman China, melanggar norma asas hubungan antarabangsa."

"China menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu," kata Mao.

Beliau berkata, hasil pembangunan Xinjiang dapat dilihat semua, dan dasar pentadbiran di wilayah itu mendapat sokongan meluas dalam kalangan rakyat.

"AS tidak berhak dan tidak berkelayakan mengkritik keadaan hak asasi manusia di Xinjiang. Apa yang dipanggil 'genosid' dan 'kerja paksa' di Xinjiang adalah pembohongan pihak AS, dan sudah dibongkar melalui fakta dan kebenaran," kata Mao.

Video

Berita Berkaitan