- Lain-lain
China Bantah Keras Peningkatan Tarif oleh AS
Pihak Amerika Syarikat (AS) yang memutuskan untuk meningkatkan tarif seksyen 301 terhadap China telah melanggar komitmen Presiden Joe Biden, iaitu "tidak mengejar untuk menyekat pembangunan China", "tidak cantas hubungan dengan China" serta konsensus yang dicapai oleh pemimpin tertinggi kedua-dua negara. Tindakan AS itu akan menjejaskan suasana kerjasama kedua-dua negara.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China mutakhir ini.
AS mengumumkan keputusan tentang semakan semula terhadap peningkatan tarif seksyen 301 terhadap China pada Selasa. Mengikut keputusan tersebut, negara itu akan meningkatkan lagi tarif terhadap kenderaan elektrik, bateri litium, bateri fotovoltaik, produk perlombongan utama, semikonduktor, keluli dan aluminum, kren pelabuhan, barang pelindung peribadi dan lain-lain, berdasarkan tarif seksyen 301 terhadap China yang sedia ada.
Jurucakap Kementerian Perdagangan China menggesa AS supaya membetulkan kesalahan dan menarik balik keputusan tersebut.
Sementara itu, menurut jurucakap itu, China akan mengambil tindakan tegas untuk mempertahankan kepentingan diri.
- AS Tarik Balik Permit Sebahagian Syarikat Domestiknya Melibatkan Eksport Cip ke Huawei
- Lebihan Kapasiti, Helah Sama Diulang Lagi
- PM Malaysia Kritik 'China-phobia'
- AS Kena Sekatan Terhadap Syarikat Penerbangan Fly Baghdad
- Sekat Eksport Cip Amalan Membuli: MFA
- Rahsia Rantaian Industri Perang Pendapat Umum AS terhadap China
- Penyalahgunaan Kawalan Eksport AS Jejaskan Kestabilan Rantaian Pengeluaran dan Bekalan Cip Global
- AS Digesa Tarik Balik Sekatan Sepihak ke atas Individu dan Syarikat China
- AS Diselar Rosakkan Peraturan Dagangan Global
- China Bantah Sekatan AS ke Atas Tiga Syarikat Domestiknya