99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Rahsia Rantaian Industri Perang Pendapat Umum AS terhadap China

(CRI)Isnin 08 Januari 2024

"Sebanyak AS$1.5 bilion akan diperuntukkan dalam lima tahun akan datang, untuk melatih wartawan Barat mereka laporan negatif mengenai China."

Usul yang disebut oleh Jan Oberg, pengasas bersama Transnational Foundation for Peace and Future Research, kumpulan pemilir Sweden, mempunyai persamaan tinggi dengan “Akta Persaingan Strategik 2021" yang diluluskan Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Dewan Senat AS pada April 2021.

Menurut akta itu, AS$ 300 juta diperuntukkan setiap tahun selama lima tahun berturut-turut untuk melawan pengaruh China di arena antarabangsa. Dalam pada itu, AS$100 juta diperuntukkan setiap tahun untuk melatih wartawan mereka membuat laporan negatif tentang China, khususnya inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Pelbagai badan di bawah Agensi Media Global AS (USAGM) termasuk VOA mempunyai sifat politik yang kuat sejak ditubuhkan. Mengambil VOA sebagai contoh, sebanyak 93% laporannya mengenai BRI pada tahun 2023 adalah negatif, dengan istilah "perangkap hutang" sering muncul.

Sebagai tambahan kepada media AS, apa yang disebut institusi penyelidikan juga amat diperlukan dalam rantaian penipuan ini. Pada November tahun lepas, kurang dua minggu selepas berakhirnya Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga, Makmal Penyelidikan Data Bantuan Kolej William dan Mary AS mengeluarkan laporan yang mendakwa negara-negara terlibat dalam BRI berhutang lebih AS$1trilion kepada China.

Kerajaan memalsukan konsep, dibungkus sebagai hasil akademik untuk penerbitan, kemudian dihebohkan oleh media dan institusi penyelidikan di bawah USAGM, memberi duit kepada wartawan dari negara-negara lain untuk menerbitkan laporan negatif berkaitan. Dengan cara ini, rantaian penipuan telah diwujudkan untuk menguar-uarkan "perangkap hutang" China.

AS sedaya upaya hendak mencemarkan nama inisiatif BRI seumpama ini, tetapi adakah ia berjaya mencapai sasarannya?

Video

Berita Berkaitan