99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Olimpik Paris: China Catat Rekod Baharu, BMX Dapat Emas Pertama

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 01 Ogos 2024

Aksi Deng Yawen dari China dalam final BMX gaya bebas di Sukan Olimpik Paris pada 31 Julai 2024. (Xinhua/Hu Huhu)

Aksi Deng Yawen dari China dalam final BMX gaya bebas di Sukan Olimpik Paris pada 31 Julai 2024. (Xinhua/Hu Huhu)

Deng Yawen, 18, berjaya mendapatkan emas pertama untuk China dalam final BMX gaya bebas kategori wanita pada hari kelima Sukan Olimpik Paris 2024, sekali gus mencipta sejarah untuk negara Tembok Besar dalam sukan itu.

Pada Selasa, pelumba tersebut mengikut rapat juara dunia lima kali dari Amerika Syarikat iaitu Hannah Roberts dalam pusingan kelayakan yang menduduki tempat kedua.

Deng turut menyatakan bahawa beliau lebih berasa yakin setelah berada di atas pada aksi pertamanya.

"Selepas aksi pertama, saya berada di atas dan itu memberi saya lebih keyakinan untuk meningkatkan prestasi saya dalam aksi kedua," ujarnya ketika memperincikan lagi prestasinya.

Ketika diwawancara selepas mendakap emas, atlet muda yang pertama kali menyertai Olimpik itu memberikan penghargaan buat jurulatihnya iaitu Daniel Dhers, veteran BMX dari Venezuela yang membantu beliau untuk memahami tentang perlumbaan BMX.

Aksi Pan Zhanle dari China dalam final renang 100 meter gaya bebas lelaki di Sukan Olimpik Paris pada 31 Julai 2024. (Xinhua/Xue Yuge)

Aksi Pan Zhanle dari China dalam final renang 100 meter gaya bebas lelaki di Sukan Olimpik Paris pada 31 Julai 2024. (Xinhua/Xue Yuge)

Sementara itu, perenang China yang berumur 19 tahun, Pan Zhanle yang menjuarai acara renang 100 meter gaya bebas lelaki turut memecahkan rekod dunia acara itu dengan catatan masa 46.40 saat.

Untuk rekod, atlet muda itu mengatasi rekod dunia yang dilakukannya di Doha Februari lepas dengan catatan masa 46.80 saat ketika itu

"Saya sebenarnya tidak menyangka untuk memecahkan rekod pada hari ini. Saya rancang untuk memulakan dengan baik dan meneruskan momentum. Saya tahu terdapat harapan yang tinggi buat saya, dan akhirnya saya dapat melakukannya," kata Pan.

Aksi Chen Yuxi/Quan Hongchan dalam acara terjun platform 10 meter seirama kategori wanita di Sukan Olimpik Paris pada 31 Julai 2024. (Xinhua/Li Ying)

Aksi Chen Yuxi/Quan Hongchan dalam acara terjun platform 10 meter seirama kategori wanita di Sukan Olimpik Paris pada 31 Julai 2024. (Xinhua/Li Ying)

Dalam pada itu, pasukan terjun China meneruskan misi merangkul emas apabila Chen Yuxi dan Quan Hongchan mendominasi acara terjun platform 10 meter seirama kategori wanita dengan mendapat 359.10 mata, iaitu 43.2 mata lebih banyak berbanding Kim Mi-rae dan Jo Jin-mi dari Korea Utara yang menduduki tempat kedua.

Kemenangan Chen dan Quan merupakan emas ketiga bagi pasukan terjun di Paris, dan kedua-dua penerjun itu akan bersaing dalam acara individu selepas ini.

Setakat hari kelima Sukan Olimpik Paris 2024, kontingen China berjaya mendapatkan sembilan emas.

Video

Berita Berkaitan